[VIDEO] Abang Cavani Melindungi Greenwood Daripada 2 Pemain Roma

Edinson Cavani menggunakan kuasa senioritinya dalam arena bola sepak dengan membantu budak generasi tiktok, Mason Greenwood yang cuba dibuli oleh dua pemain AS Roma dalam satu pertikaman lidah di atas padang.

Cavani yang sebelum ini pernah bermain di Itali, bersama Napoli, dengan tegas menolak pemain yang cuba mengganggu pemain muda United itu dalam aksi di Stadium Olimpico.

Insiden berlaku pada separuh masa kedua. Di mana Greenwood dan Gianluca Mancini dilihat bertelagah. Dan kemudian Rick Karsdorp datang untuk menghangatkan lagi keadaan.

Kelihatan Greenwood telah ditolak dan ditolak dengan keras oleh Karsdorp.

Melihat keadaan itu, Cavani meluru dengan gaya hero filem Tamil berambut Tarzan, terus menolak Karsdorp dan memberikan amaran kepada pemain itu agar tidak berlebih lebihan ke atas Greenwood.

Mancini kemudian cuba membantu rakannya itu dan berkonfrontasi dengan Cavani.

Cavani tak gentar dan terus berhadapan dengan pemain pemain Roma itu sehinggalah Bruno Fernandes dan Alex Telles menenangkannya. Diikuti beberapa orang lagi pemain Roma meleraikan keadaan.

Tindakan Cavani itu dipuji peminat Man United kerana dia menunjukkan kepimpinannya dengan melindungi rakan sepasukannya terutama sekali pemain muda seperti Greenwood.

Ole Gunnar Solskjaer tak ada masa nak mengulas insiden itu. Namun beliau lebih memikirkan tentang final sulung selalu pengurus Man United selepas kegagalan dalam 4 semifinal sebelum ini.

Masa depan el matador

Man United akan berhadapan dengan Villarreal dalam aksi final. Di mana pasukan dari Sepanyol itu menyingkirkan cabaran Arsenal di separuh akhir.

Masa depan Edinson Cavani kini terserah kepadanya sendiri. Ole Gunnar Solskjaer ternyata gembira dengan sumbangan Cavani di atas padang dan juga di luar padang. Beliau menjadi pemain yang berkualiti di atas padang dan menjadi pembimbing yang baik ketika di pusat latihan – terutama kepada pemain pemain muda United.

United sudah menawarkan kontrak lanjutan kepada Cavani. Namun pemain itu masih dalam pertimbangan kerana keluarganya. Dia merancang untuk bermain bersama Boca Juniors untuk lebih dekat dengan keluarganya.

Edinson Cavani ditandatangani sebagai ejen bebas oleh United musim ini.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi