[VIDEO] AC Milan Hampiri Kejuaraan Scudetto, Theo Hernandez Buat Larian Solo 73 Meter Dan Skor

Theo Hernandez menghasilkan momen ajaib apabila dia menjaringkan gol solo yang menakjubkan dalam aksi AC Milan menentang Atalanta.

Pemain Perancis itu menjaringkan gol kedua pasukannya dengan cara sangat luar biasa,

Dia memulakan larian gila dari kawasan sendiri dan meluru naik ke atas sehingga ke dalam kotak penalti.

Tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya apabila dia melepasi beberapa pemain sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang tepat walaupun dalam keadaan dia hilang keseimbangan badan.

Rembatan itu itu terus tepat menerjah gawang gol lawan.

Netizen sangat teruja dan naik gila melihat gol solo Hernandez yang terlalu cantik itu.

Ada yang menganggap gol itu sebagai petanda bahawa AC Milan musim ini benar benar menunjukkan karakter sebenar sebuah pasukan juara.

Ini selepas beberapa musim terakhir mereka seringkali terpancit pada separuh kedua musim.

Hernandez berlari 73 meter dan skor

Theo Hernandez berlari sekitar 73 meter di atas padang dari kawasan bawah kotak penalti sendiri, dari sebelah kiri sehingga ke dalam kotak penalti.

Gol itu dianggap pelengkap kepada aksi cemerlang AC Milan yang kini hanya dipisahkan dengan 1 kemenangan sahaja lagi pada hari terakhir untuk bergelar juara Serie A.

Bercakap selepas gol sensasinya, dia memberitahu DAZN: “Saya melakukan segala-galanya untuk pasukan ini, ia adalah malam yang luar biasa dengan semua orang kami. Selepas sekian lama, mereka sangat gembira dan saya sangat gembira dapat bermain untuk Milan.”

“Saya bermula dan fikir saya akan pergi ke mana-mana. Ia adalah gol yang luar biasa, tetapi kerja keras semua rakan sepasukan dan peminat menjadikannya sesuatu yang boleh berlaku.”

“Saya gembira anak saya berada di sini untuk melihatnya, ia adalah malam yang indah. Kami hampir [menyelesaikan matlamat menjadi juara Serie A], kami tinggal seminggu lagi daripada Scudetto, kami perlu memberikan yang terbaik dan itu sahaja. Kami sangat gembira.”

Saksikan gol Theo Hernandez dalam rangkuman aksi perlawanan di sini:

AC Milan muncul di landasan terbaik untuk memenangi kejuaraan Serie A pertama mereka sejak 2011 berikutan kemenangan 2-0 ke atas Atalanta.

Mereka menduduki tangga teratas liga, lima mata di hadapan Inter Milan di tangga kedua. Inter Milan yang turun selepas aksi AC Milan turut mencatat kemenangan dan menjadikan jurang mata cuma 2 mata.

Bagaimana kejuaraan Serie A ditentukan?

Agak menarik untuk memikirkan bagaimana juara akan ditentukan pada hari perlawana ke – 38 dalam Serie A pada minggu hadapan.

Sifirnya sangat mudah. Jika kedua dua pasukan tidak akan terikat mata, maka AC Milan akan menjadi juara kerana rekod 1 kemenangan dan 1 seri berdepan Inter. Ini kerana Serie A menggunakan sistem tie breaker menerusi aksi head to head.

Jika AC Milan menang, mereka akan menjadi juara walaupun apa jua keputusan dicatatkan Inter Milan.

Satu satunya cara Inter boleh menjadi jura adalah, AC Milan kalah dan mereka menang.

Inter Milan akan melayan kunjungan Sampdoria pada aksi terakhir. Manakala AC Milan pula akan berkunjung ke Sassuolo dalam usaha mereka melunaskan misi.

Apa yang pasti kejuaraan musim ini masih akan dikekalkan di bandar Milan. Cuma tidak pasti di kabinet pasukan mana. Sama ada AC Milan ataupun Inter Milan.

Musim lalu, Inter Milan menamatkan dominasi Juventus dalam kejuaraan liga. Dan musim ini kelab Milan sekali lagi membuatkan Juve berputih mata.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan