VIDEO: Adakah Keraian Lampard Ini Biadap Kepada Mourinho?

Di kala penyokong Chelsea meraikan kejayaan dan menikmati aksi Lampard meraikan kemenangan dengan mereka, ada juga pihak yang menganggap tindakan Lampard itu seolah-olah biadap kepada Mourinho.

Lampard meraikan gol dan kemenangan Chelsea dengan tumbukan. Ia mengundang rasa tak selesa bagi beberapa orang.

Pertarungan ini sebenarnya, kalau kau anggap personal, maka personal la jadinya. Dan saya percaya Lampard melakukan keraian itu kerana pasukan bukan kerana isu personal.

Perlawanan kali ini adalah derbi!

Jadi apa kau nak expect? Suruh Lampard hanya memendam rasa sambil mendengar lagu tomok?

Kenapa Lampard sangat puas?

Jangan nak perlekehkan, ala macam dah menang piala. Ini bukan isu piala brader, ini isu menang derbi.

Lampard menjadi sasaran ramai pihak ketika beliau menyatakan secara terbuka, kerana kaitannya dengan Chelsea, maka mustahil untuk dia mengambil tugasan yang ditawarkan oleh Spurs.

Ia seakan-akan sindiran kepada Jose Mourinho.

Bayangkan kalau Chelsea kalah dalam perlawanan ini, Lampard pasti akan terkena tempias. Benda ni biasalah akan berlaku selepas kau usik jiran.

Seterusnya, dalam perlawanan ini salah seorang pemain dia kena abuse perkauman oleh segelintir fans yang gila.

Rudiger mendakwa dia diserang dengan bunyi monyet.

Rudiger sebelum itu ditapak oleh Son Heung Min dan membuatkan pemain Korea Selatan itu dibuang padang.

Lampard sentiasa menghormati Mourinho sebagai mentornya. Itu sudah beliau ikrarkan. Lampard mengibarkan panji biru Chelsea di gelanggang lawan derbinya, Spurs.

Lampard juga menewaskan pengurus bernama Jose Mourinho yang merupakan salah seorang pengurus terbaik dalam arena bola sepak, dalam musim debut Lampard di EPL.

Uniknya setakat ini sudah dua kali pasukan Lampard menang ke atas pasukan Mourinho.

Malah Lampard pernah mengakui cara pengurusan beliau banyak dipengaruhi Jose Mourinho yang menjadi pengurus, yang membentuk era emas Chelsea bersama-sama.

Tetapi Lampard tidak mahu digelar sebagai klon Jose Mourinho kerana beliau ada cara tersendiri.

Lampard merupakan pemain kesayangan Mourinho. Dan beliau sendiri sudah memberitahunya sebelum ini, beberapa hari lalu.

Bukan senang nak menang lawan Spurs dalam aksi derbi. Sebab Derbi ni aura dia lain macam sikit. Macam Lampard dah cakap, benda yang paling utama dalam pertarungan ini adalah Chelsea vs Spurs.

Dan jom nikmati detik Lampard puas meraikan kemenangan ke atas Spurs bersama sama dengan seksyen penyokong Chelsea.

Chelsea menang 2-0 ke atas Spurs di Stadium Tottenham semalam. Dan mereka kini berjaya menjarakkan diri 5 mata di tempat keempat.

2 gol Chelsea adalah daripada Willian dan kedua-duanya terhasil pada separuh masa pertama.

Lampard meneruskan kempen yang baik dengan pasukan Chelsea musim ini.

Adakah beliau akan melakukan pembelian pada Januari ini? Ye la, Chelsea kan dah boleh beli pemain pada Januari akan datang.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan