VIDEO: Adama Traore Sekali Lagi Bunuh City

Wolves melakukan salah satu kebangkitan yang mereka akan kenang, berhadapan dengan juara bertahan Manchester City di Molineux.

Rekod Wolves berhadapan dengan big six terus cemerlang di bawah Nuno Espirito Santo.

Kedua-dua pasukan dalam misi tersendiri. Wolves dalam usaha mengintai tempat ke UCL pada musim hadapan. Manakala Man City mahu merapatkan kembali jurang dengan pasukan Liverpool dan memintas Leicester yang berada di tangga kedua.

Liverpool dalam aksi Boxing Day menang 4-0 ke atas Leicester di tempat lawan dalam aksi luar biasa daripada Trent Alexander Arnold.

Manchester City beraksi 10 pemain selepas Ederson dilayangkan kad merah seawal minit ke-12 kerana menafikan peluang gol dengan menghadang Diogo Jota.

Pep Guardiola sebelum ini pernah menyatakan, mengeluarkan Aguero merupakan perkara paling sukar untuk beliau lakukan.

Tetapi dalam perlawanan ini, beliau mengeluarkan Aguero dan menjadikan Sterling sebagai false no.9.

Namun begitu, bermain dengan 10 pemain, Manchester City terlebih dahulu mendahului, bukan dengan 1 gol tetapi dengan 2 gol.

Gol pertama mereka hasil daripada sepakan penalti Raheem Sterling. Bukan 1 tetapi 2 penalti terpaksa dilakukan Sterling kerana pengadil mengarahkan retaken.

Sterling 2 kali melakukan penalti yang dilselamatkan oleh Rui Patricio. Kali kedua tu Sterling melakukan susulan yang menuju ke arah gol.

Pep Guardiola jelas tak gembira dengan penalti Sterling.

Sterling kemudian meletakkan pasukannya 2 gol di hadapan pada minit ke-50.

Selepas itu bermulalah detik heroic Adama Traore. Pemain yang pernah menjadi wira Wolves menewaskan Man City sebelum ini.

Hanya lima minit selepas gol kedua Sterling, Adama Traore melakukan rembatan yang menerjah gawang.

Pada minit ke-82, Adama Traore mencipta satu peluang gol yang disudahkan oleh Raul Jimenez.

Pemain yang sama yang bersama dengan Traore menewaskan Man City sebelum ini iaitu Raul Jimenez, mencipta gol untuk Doherty yang membawa kepada gol kemenangan mereka.

Kekalahan Man City ini membuatkan mereka kini 14 mata di belakang Liverpool yang masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Aksi dominan Wolves berhadapan dengan 10 pemain City ini memang sangat baik. Kita semua tahu, bukan kali pertama Man City bermain dengan 10 pemain namun mereka masih tetap memiliki kualiti yang kuat.

Kejayaan Wolves ini juga melonjakkan lagi kedudukan mereka di dalam carta liga dengan naik ke tangga kelima. Dengan hanya dibezakan 2 mata dengan pasukan di tangga keempat, Chelsea.

Adama Traore terus menjadi mimpi ngeri kepada Man City dalam kempen yang mereka cuba untuk mempertahankan kejuaraan selama 3 musim buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka.

Beliau mencatatkan 1 gol, 1 assist dan 10 kali melakukan gelecekan yang lolos dan berjaya.

Selain itu, Adama mencipta 3 peluang terbaik dengan 5 percubaan ke arah gol.

Bukan hari untuk Man City pada kali ini. Namun seterusnya Wolves akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield.

Baca yang lain