[Video] Ademola Lookman Memilih Panenka Pada Minit 90+8, Dan Berakhir Tragedi

Fulham ketinggalan dengan satu gol sahaja. Dan pada masa kecederaan 90+8, Ademola Lookman berpeluang menjadi wira 1 mata pasukannya.

Namun Ademola Lookman mensia-siakan peluang itu dalam aksi berdepan dengan Ham United.

Pemain berusia 23 tahun, yang bergabung dengan Cottagers dari RB Leipzig secara pinjaman pada bulan September lalu, baru sahaja mencipta salah satu penalti terburuk dalam sejarah.

Dengan mengambil kira usahanya untuk melakukan penalti yang fancy, namun kualitinya kelaut.

Dalam bola sepak, kamu boleh melakukan perkara fancy dan membuatkan penjaga gol nampak bodoh kalau ia disempurnakan dengan baik.

Ramai pemain yang membuatkan penjaga gol aib kerana panenka mereka.

Tetapi penalti fancy itu akan memakan diri sekiranya bola tidak masuk. Jelas sekali semalam adalah hari untuk penjaga gol dan bukannya pelaksana penalti.

Apa kau buat Lookman?

Dalam aksi tersebut, kedua dua pasukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit.

Tomas Soucek akhirnya memecahkan kebuntuan pada masa kecederaan 90+1.

Fulham tiba tiba mendapat talian hayat untuk menyamakan kedudukan selepas pengadil Robert Jones memberikan mereka penalti.

Lookman melangkah dengan yakin, dalam usahanya untuk menyamakan kedudukan.

Namun bekas pemain antarabangsa England Bawah 21 tahun itu memilih untuk melakukan Panenka,dan ia benar benar pilihan yang salah.

“Mengejutkan, benar-benar mengejutkan,” tweet Michael Owen.

Di mana mantan penyerang Liverpool dan Man United itu menganggap ia pilihan yang salah untuk melakukannya pada minit ke-98.

Korang saksikan di sini:

Fabianski dengan mudah sekali menyelamatkan bola panenka yang sejinak itu.

Ademola Lookman menjadi bahan jenaka di internet. Kasihan juga melihat beliau kerana dia masih muda. Dan pastinya kita berharap insiden ini akan segera dilupakannya.

Fulham menelan satu lagi kekalahan sebelum rehat antarabangsa. Menjadikan kekalahan mereka kini adalah 6 daripada lapan perlawanan.

Berdasarkan situasi semasa, Fulham bakal bergelut dengan penyingkiran.

Selepas tamat perlawanan Ademola Lookman meminta maaf di atas kegagalannya menyempurnakan penalti.

Perkara itu disahkan oleh rakannya, Harrison Reed.

Tetapi bos Parker mengatakan tidak ada alasan untuk beliau kecewa dengan penyerang itu kerana dia sudah diberikan kepercayaan bermakna pasukan percayakan keupayaan pemain itu.

Parker tetap merasakan Lookman tidak seharusnya melakukan perkara fancy seperti itu dalam keadaan tekanan. Namun dia yakin pemain itu akan belajar daripada kesilapannya.

Lookman ditugaskan mengambil penalti kali ini selepas Mitrovic gagal menyempurnakan penalti sebelum ini.

Dia telah meminta maaf, jadi kami akan melupakannya dan terus maju,” kata Reed kepada BT Sport.

“Dia tergamam di sana – kami pun sama.”

“Kami merasa kami memberikan persaingan sepanjang perlawanan namun malangnya kami gagal mencipta lebih banyak peluang.”

Parker berkata: “Penalti – budak itu telah melakukan kesilapan, itu memang jelas.”

“Anda boleh tersasaar penalti, tetapi anda tidak boleh tersasar penalti dengan seperti itu.”

“Dia tahu itu. Ketika anda masih muda, anda harus belajar dengan cepat.”