[VIDEO] Akak Ni Bincang Elok Elok Suruh Anak King Cobra Balik, Nanti Bagi Susu

Selalunya kita akan menggelibas kalau berjumpa dengan ular terutama sekali king cobra. Tak kiralah kecik ke besar.

Di India, seorang akak ni dia punya power tu siap bincang elok elok dengan anak king cobra yang masuk ke rumahnya. Akak tersebut cakap baik baik dengan ular tu suruh dia keluar lalu baliklah ke semak samun di belakang rumah.

Dan akak itu turut berjanji akan memberikannya susu. Kejadian itu berlaku di Coimbatore di India. Wanita itu langsung tak panik dengan hanya memegang kayu kecil yang ada padanya.

Dia cuba berinteraksi dengan ular tersebut sebaik yang mungkin dan memberikan isyarat agar ular itu pergi keluar menerusi pintu. Tindakannya itu dirakam oleh anaknya yang kagum melihat ibunya.

Video tersebut menjadi tular dan ramai memuji wanita itu sebagai wanita yang sangat baik hati. Di India, ular seringkali memasuki rumah. Dan biasanya ia dianggap detik hidup dan mati.

Ular seringkali dibelasah, ye la, kalau tak belasah, sesilap haribulan kita pulak yang kena. Kebiasannya ular ini akan bertindak agresif apabila rasa terancam.

Mungkin akak ini ada keupayaan luar biasa untuk berinteraksi dengan ular menerusi gerak gerinya. Dan bijak pula dia berunding seperti sedang berunding dengan tebusan.

Ramai juga yang terkedu melihat detik itu kerana ianya sangat genting.

Saksikan detik akak tu bincang elok elok dengan King Cobra di sini:

Mereka juga berharap ular itu akan mengingati jasa akak tersebut sampai bila bila.

=

Sebelum ini seorang nenek di India pernah membebel dengan seekor king cobra yang degil. Dia membebel menyekolahkan ular itu sambil mengheretnya ke semak samun.

Ular itu dilihat terkial kial dan hanya berserah nasib dirinya kepada nenek itu.

Kita yang melihat risau je ular tu patuk nenek tu. Tapi nenek tu rileks je meneruskan pembebelannya.

Orang di situ yang seram semua tak berani nak berada berdekatan. Selepas tiba dekat dengan semak, nenek itu membaling ular itu ke sana.

Pengguna Twitter Susanta Nanda yang merupakan pegawai dari IFS ( Indian Forest Service) telah memuat naik video dengan kapsyen: “Nek, itu bukan caranya mengendalikan cobra.” Sambil letak emoji terkedu.

Ini kerana biasanya pasukan pakar pun menggunakan peralatan lengkap dan juga sedia dengan penawar. Sepatutnya nenek itu menghubungi organisasi yang bertanggungjawab.

Kenapa nenek tu bebel?

Menurut mereka yang ada di tempat kejadian, nenek tersebut tidak mahu cobra itu dicederakan.

Ini kerana biasanya orang di situ akan memukul cobra sehingga mati dan kemudian membakarnya. Tiada masa untuk mereka menghubungi pihak berwajib.

Harus diakui, ular cobra memang berbahaya dan memang banyak di India. Itu pun salah satu sebab kenapa masyarakat di sana terpaksa bertindak lebih awal.

Nenek tersebut dipercayai sudah menghalau cobra itu, tetapi degil pulak si ular tu. Nenek yang kegeraman telah menarik ekor ular itu dan menyeretnya hampir 100 meter.

Mereka berkata: “Walaupun cara nenek tu agak kasar dan tak bagus, namun ramai yang lebih kejam dengan memukul dan membaling ular ke dalam api. Nenek telah melakukan yang terbaik untuk ular itu.”

Seorang lagi pengguna media sosial berkata: “Nenek tu lebih tahu apa dia buat. Kenapa kamu memperlekehkan cara dia? Hanya kerana dia tak menggunakan cara pegawai hidupan liar ataupun cara daripada pendidikan moden.”

Mereka juga menyatakan di India memang ada segelintir individu yang memiliki kemahiran mengendalikan ular. Misalnya brader bawah ni, siap mandikan ular tedung tanpa rasa takut.

Tapi jangan pulak jadi macam ni ye, dia nak tolong tapi ular tu salah anggapan dan berlaku detik cemas.