[VIDEO] Aksi Comel Fred Dan Mendy Berbalas Hantaran

Benjamin Mendy dan Fred menunjukkan semangat muhibbah yang mengejutkan ramai. Ini apabila kedua dua pemain masing masing berbalas hantaran antara satu sama lain.

Manchester United betandang ke Stamford Bridge dalam aksi EPL pertama mereka tanpa Ole Gunnar Solskjaer.

United dibimbing oleh Michael Carrick, menunggu Ralf Rangnick mengambil alih sebagai interim.

Walaupun Chelsea menguasai sebahagian besar perlawanan, namun Man United lebih tajam. Ini apabila, hanya dengan on target pertama, United berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Jadon Sancho.

Chelsea kemudian membalas gol tersebut menerusi penalti oleh Jorginho. Pemain kebangsaan Itali itu ternyata sangat tenang dalam tugasan yang menjadi kepakarannya.

Insiden Fred dan Mendy

Man United seterusnya berpeluang untuk berada di hadapan sekali lagi. Ianya selepas Mendy tersepak bola terus kepada Fred.

Fred yang digelar pastor Fred menunjukkan kemuliaan hatinya. Dia kemudian seolah olah mengembalikan bola itu kepada Mendy.

Tak pasti apa yang cuba dilakukan oleh maestro Manchester United itu. Dia hanya melakukan rembatan lemah yang terus ke tangan Mendy.

Pastinya Mendy menarik nafas lega kerana tidak bolos sekali lagi kerana defensive error.

Para peminat Man United turut kecewa dengan aksi tidak masuk akal Fred tersebut.

Aksi antara Chelsea dan Manchester United berakhir dengan seri 1-1.

United dilihat berpuas hati membawa pulang 1 mata dari Stamford Bridge. Chelsea sebenarnya memiliki peluang keemasan pada saat akhir menerusi Rudiger.

Malangnya pemain bek tengah antarabangsa Jerman itu melambungkan bola tinggi. Tuchel sangat pasrah melihat peluang itu dipersiakan begitu sahaja.

Manchester United selepas ini akan dibimbing Ralf Rangnick. Di mana misi utama United adalah kembali semula ke 4 kelompok pasukan di atas.

Baca yang lain