[VIDEO] Aksi Dan Statistik Luis Diaz vs Leicester Yang Menerima Pujian Klopp Serta Standing Ovation Di Anfield

Jurgen Klopp percaya bahawa Luis Diaz sudah kelihatan seperti pemain Liverpool. Perbandingan Klopp kepada Diaz yang seperti sudah sangat serasi dengan rakan sepasukannya.

Pemain antarabangsa Colombia itu beraksi sebagai kesebelasan utama di posisi serangan bertiga di posisi yang biasa diisi oleh Sadio Mane. Di mana Mane masih lagi bercuti meraikan kejayaan Piala AFCON 2021.

Pemain bernilai £50 juta itu sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang dalam kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Leicester.

Jika tidak kerana kecemerlangan Kasper Schmeichel, Luis Diaz sudah mencetak gol sulungnya untuk Liverpool.

“Dia seperti sudah berada di ‘rumahnya’. Itulah isyarat yang dia buat di dalam latihan, jadi kami fikir ayuh, mari kita mencubanya,” kata Klopp.

Klopp sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak mahu terburu buru mahu memberikan debut kepada Diaz. Namun Klopp mengakui perasaan teruja itu membuatkan dia menurunkan Diaz dalam aksi Piala FA dan kini diberikan debut pertamanya dalam EPL di Anfield.

Sudah 2 perlawanan, Diaz menunjukkan aksi cemerlangnya. Dalam aksi Piala FA, Diaz bersama sama dengah Harvey Elliot menjadi gamechanger.

Klopp menambah: “Apabila kami melihat dia bermain untuk Porto, kami fikir itulah yang kami mahu dia lakukan di sini juga bersama Liverpool.”

“Selain itu, dia kelihatan seperti pemain bola sepak yang sangat bijak dan jelas sekali telah banyak menonton perlawanan Liverpool.”

“Kami tidak pernah cuba membebankan pemain baharu dengan terlalu banyak maklumat pada minggu pertama dan memberikan mereka terlalu banyak tentang apa yang kami mahu mereka lakukan, tetapi apabila kita lihat Diaz, dia sudah kelihatan seperti pemain Liverpool.”

“Dalam beberapa minit terakhir apabila dia masuk menentang Cardiff dan sekarang [menentang Leicester] seolah olah situasi dalam perlawanan ini telah dibuat untuknya.”

“Sadio pulang ke rumah [dari Senegal] malam tadi dan mungkin masih di atas katil. Sementara Mo Salah, selepas empat kali bermain 120 minit [untuk Mesir], jelas dia tidak akan bermula [sebagai starting eleven].”

“Jadi itulah situasinya dan Luis jelas menikmati perlawan perlawanan itu.”

Kemenangan itu mengurangkan jurang antara pendahulu Manchester City kepada sembilan mata dengan satu perlawanan di tangan untuk dimainkan di tempat sendiri menentang Leeds akhir bulan ini, tetapi Klopp mengelak daripada membuat sebarang kenyataan berani mengenai usaha untuk mengejar skuad Pep Guardiola.

Dia menambah: “Saya tidak pasti kami berada dalam kedudukan untuk meletakkan mereka dekat sekali lagi dengan kamim tetapi saya tidak pasti adakah persoalan seperti itu penting sekarang — secara jujur.”

“Walaupun kami tidak mempunyai peluang untuk mengejar mereka, kami akan tetap mencuba untuk mempunyai musim yang terbaik untuk kami dan kami perlu memenangi perlawanan perlawanan kami.

“Kelab bola sepak ini sangat besar dan saya dapat melihatnya.”

Diaz mencatatkan statistik luar biasa ketika berdepan dengan Leicester, membuatkan pemain itu menerima penghargaan dengan standing ovation daripada penyokong di Anfield.

Diaz melakukan 90 hantaran tepat, dengan 68 sentuhan keseluruhan.

Diaz juga terlibat dalam 5 kali gelecekan melepasi lawan. 4 hantaran lintang, 4 shot dan 2 percubaan tepat yang diselamatkan penjaga gol.

Selain itu Diaz juga mencipta 1 peluang untuk rakanny.

Saksikan sendiri rangkuman aksi Luis Diaz vs Leicester di sini:

 

Baca yang lain