Video: Aksi Dengan Adriano Dalam PES Dengan 99 Shot Power

Satu ketika dahulu adanya Adriano di dalam Pro Evolution Soccer / PES. Dan beliau memiliki rating kekuatan sepakan sebanyak 99.

Penjaga gol hanya dapat melihat sahaja sepakan yang dilepaskan dari dalam kotak penalti. Malah kerapkali penjaga gol terkedu melihat bola yang dirembat dari tengah padang dan terus menerobos gawang.

Tetapi ada sebab yang luar biasa di sebalik kekuatan super power bintang Inter Milan.

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa pemain Brazil itu adalah pemain pilihan eksekutif Konami Shingo ‘Seabass’  dan pemain kegemaran Takatsuka.

Akibatnya, ‘Seabass’ menegaskan bahawa Adriaono akan dijadikan sebagai pemain paling kuat dalam video game mereka.

Namun, kami ragu dia mempunyai idea betapa kuatnya pemain Brazil itu.

Satu-satunya pemain lain yang menyaingi kekuatan rembatan Adriano adalah legenda Uruguay, Alvaro Recoba. Yang juga turut menjadi seorang lagi pemain kegemaran ‘Seabass’.

Sebass adalah peminat setia Recoba. Jadi dua pemain tersebut memang sedap kalau dipakai.

Dalam kehidupan nyata, Adriano tidak mencapai tahap tertinggi lebih lama seperti di alam PES – tetapi beliau masih pemain yang  cemerlang pada era kegemilangannya.

Namun Adriano di dalam PES6 sehingga PES 2008 adalah antara yang sangat luar biasa.

Lihat koleksi gol dengan Adriano yang ada kekuatan 99 shot power di dalam Pro Evo.

Berdesup wei. Nah ini koleksi 99 gol beliau dengan kekuatan sepakan 99. Selain daripada itu beliau juga memiliki keseimbangan badan 99. Memang menangis defender nak bergasak dengannya.

Adriano antara penyerang yang diletakkan harapan tinggi oleh peminat beliau sebagai pengganti sejati kepada Ronaldo Fenomeno yang ketika itu kerap cedera.

Namun kariernya merudum selepas pemergian ayahnya.

Adriano pemain yang memiliki kemampuan menjaringkan gol dan gelecekan yang luar biasa.

Baca yang lain