[Video] Aksi Dramatik Menteri Jelaskan Kenapa Acara Hiburan ‘On’ Tapi Bola Tak Boleh

Seperti semua sedia maklum, liga Malaysia tak akan dapat diteruskan pada musim ini.

Kerajaan masih kekal dengan keputusan untuk menangguhkan kempen Piala Malaysia 2020 sebagai langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M), telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar saingan itu diteruskan, keputusan itu kekal bagi mengelak risiko penularan wabak itu dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan.

Beliau, bagaimanapun, berkata sekiranya penularan wabak itu dapat dikawal sebaiknya dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang, saingan bola sepak itu mungkin boleh diteruskan.

Peminat keliru

Sebenarnya ia bukan masalah pun. Cuma peminat bola sepak mulai mempertikaikan kenapa acara hiburan dibenarkan dan bola sepak tak dibenarkan?

Sedangkan para pemain bola sepak dan jurulatih sentiasa menjalani ujian swab yang ketat.

Apa pula relevannya membenarkan beberapa acara hiburan terus dilangsungkan sedangkan dalam beberapa siri acara hiburan kelas tidak mengikut SOP penjarakan sosial.

Seterusnya semalam kerajaan melarang JDT ke Doha untuk meneruskan saingan ACL.

Ianya mendapat reaksi pelbagai pihak. JDT akur dengan larangan itu.

Itu adalah pandangan peminat bola sepak yang buntu.

Menteri jawab

Perkara itu dijawab sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau ditanya berhubung perkara itu berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP) umum ketika ini, sebarang aktiviti berkumpulan tidak dibenarkan.

Menurut Ismail Sabri, permainan bola sepak akan mengumpulkan ramai pemain di atas padang dan mungkin berlaku kontak rapat secara fizikal.

Oleh sebab itu acara itu tak dibenarkan.

Ismail Sabri berkata:

“Bola tak boleh main seorang, akan ada 22 pemain di padang, tidak seperti badminton single jadi kita tidak boleh benarkan walaupun selepas PKP.”

“Jika PKP tamat hari ini tidak bermakna esok rakyat boleh bergerak bebas seperti sebelumnya kerana ada SOP yang perlu dipatuhi dan ia sedang disiapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).”

Acara hiburan menggunakan kepandaian komputer

Ditanya tentang pandangan sesetengah pihak yang mempertikai kenapa acara hiburan dibenarkan. Beliau berkata dia dimaklumkan oleh Menteri KKKM bahawa apa yang berlaku di atas pentas adalah helah kamera.

Itu yang membuatkan para penari nampak ramai dan berada rapat rapat.

“Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM (Komunikasi), kadang-kadang kita nampak di atas ‘stage’ yang ramai-ramai tersebut.”

Lebih menarik menteri turut menjelaskan para penonton dikelirukan oleh kepandaian teknologi yang menyatukan imej dengan teknologi dalam alam siber teknologi terkini.

“Sbenarnya yang menari dalam masa yang berbeza-beza di tempat berbeza tetapi dari segi teknologi moden, gambar itu disatukan seolah-olah nampak pertarian itu bersama. Itu yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM.”

“Itu dari segi SOP lebih mudah kerana tiada penonton, semua yang terlibat pakai ‘face shield’ atau ‘mask’ tetapi tidak mungkin pelitup muka dipakai oleh pemain bola sebagai contoh. Itu satu.

“Di atas padang dia tidak bermain setakat jumlah pemain itu sahaja yang berada di padang tetapi krew dia, petugas teknikal yang lain, semua, ramai yang berada bersama mereka, mereka balik dalam satu bas yang sama.

“Pergi dalam satu bas yang sama, mengadakan latihan dan didalam bilik persalinan juga. Agak sukar untuk mengawal SOP dalam bilik persalinan kerana tidak ada sesiapa dalam bilik persalinan untuk mengawal pergerakan dan segalanya.”

“Jadi, kesan kita fikir agak besar pada kesihatan dan tanggungjawab kerajaan untuk jaga kesihatan rakyat. Maka, sekali lagi mesyuarat membuat keputusan untuk tidak membenarkan pertandingan ini [Piala Malaysia] diteruskan dan ditangguhkan.”

Amacam ok tak jawapan beliau?

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil