VIDEO Aksi Euro 2012 Yang Memaparkan Pirlo Tak Lut Dengan Pressure

Calm as you like. Itulah kata kata sesuai untuk legenda Andrea Pirlo ketika zaman prime beliau.

Pemain yang berfungsi sebagai pivot dan regista ini antara deep lying playmaker terbaik pada era beliau.

Pirlo menikmati karier gemilang dengan generasi emas AC Milan dan kemudiannya generasi kebangkitan semula Juventus.

Silap AC Milan juga, kerana menurut Pirlo beliau ke hulu ke hilir bertanyakan status kontrak baharu.

Namun AC Milan ketika itu tarik tali dengannya kerana memikirkan umurnya yang dikatakan menuju ke fasa akhir karier.

Ternyata AC Milan silap! Peak Pirlo masih lagi banyak ketika bermain untuk Juventus. Malah ketika di Juventus Pirlo menikmati salah satu karier terbaiknya termasuk prestasi secara individu.

Bersama dengan skuad kebangsaan, Pirlo juga menikmati karier gemilang dengan menjadi juara dunia.

Aksi Pirlo di Euro 2012

Seterusnya salah satu prestasi terbaik secara individu oleh Pirlo adalah ketika EURO 2012.

Pirlo membantu Itali mara sehingga ke aksi final. Ianya dianggap antara skuad Itali yang paling sederhana dalam kejohanan major meskipun ada beberapa pemain yang menonjol.

Kredit juga kepada pemain seperti Mario Balotelli yang ketika itu beraksi pada tahap terbaik beliau. Itulah aksi terbaik Balo bersama dengan skuad kebangsaan Itali.

Memang lain macam aksi Balotelli masa tu, kalau korang ingat. Ini keraian ikonik Balo:

Pirlo tak lut tekanan

Kali kita nak tengok cara Pirlo yang seolah olah tak lut dengan tekanan daripada pemain lawan.

Tekanan/ pressure adalah satu tindakan lawan untuk memberikan desakan kepada seseorang pemain untuk memaksa mereka kehilangan bola.

Korang tengoklah sendiri cara Pirlo mengatasi tekanan / pressure yang dikenakan ke atasnya.

Tenang dan penuh muslihat serta sukar untuk lawan mencuri bola dari kakinya.

Padu kan. Jika korang nak jadi macam tu kenalah tingkatkan aspek seperti scanning dan juga beberapa aspek yang lain.

Benda ni sangat penting terutama sekali jika korang pemain tengah yang bertindak sebagai playmaker. Tak kisahlah playmaker sebagai no.10 ataupun deep lying playmaker.

Itali mara sehingga ke final dalam Euro 2012, namun tewas 4-0 di tangan generasi emas Sepanyol.

Pirlo datang lagi ke Euro 2016 dengan satu lagi aksi cemerlang — kali ini di bawah kendalian Antonio Conte.

Perbaiki aspek ketenangan ketika ditekan

Scanning adalah satu proses melihat lihat keadaan sekeliling dengan kerap sebelum menerima bola.

Kemudian tentukan awal awal tindakan yang korang nak ambil jika menerima bola, apa plan B korang apabila kena tekan.

Seterusnya tingkatkan kemampuan untuk mencipta ruang di atas padang.

Mencipta ruang bermaksud, korang sudah menyediakan satu ruang untuk korang serang ataupun melakukan tindakan seterusnya.

Ketenangan adalah aspek paling penting selain daripada kawalan bola yang bagus.

Tenang sahaja tak guna juga kalau ball controlling kelaut dan huru hara kan?

Kemudian kenalah decisive ataupun cepat bertindak dan membuat keputusan.

Paling penting adalah perbanyakkan latihan termasuk latihan taktikal berpasukan untuk meningkatkan ‘imunisasi’ korang ke atas tekanan di atas padang.

Baca yang lain