Video Aksi Fellaini Cetak Hatrik 8 Minit Dengan Kepalanya Beberapa Bulan Selepas Pulih Dari Covid

Bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini berjaya pulih sepenuhnya dari coronavirus awal tahun ini dan memainkan peranan utama ketika kelabnya memulakan musim dengan kemenangan.

Marouane Fellaini menikmati permulaan yang menakjubkan untuk musim Liga Super China 2020 dengan hatrik yang pantas untuk membantu Shandong Luneng meraih kemenangan pada perlawanan semalam.

Fellaini, 32, meninggalkan Manchester United pada awal 2019 setelah lima setengah musim bersama The Red Devils.

Beliau menyertai kelab di Liga Super China walaupun Man United masih mahu menggunakan khidmatnya.

Fellaini bangkit dari covid

Fellaini bermain cemerlang ketika memulakan karier di China.

Tetapi pandemik coronavirus, menghentikan kempen 2020 selama enam bulan ketika negara itu memerangi penyakit itu.

Fellaini antara mereka yang dijangkiti virus tersebut, tetapi telah pulih sepenuhnya dan baru-baru ini dengan kuarantin dirinya di rumah setelah kembali ke China.

“Sudah tiba masanya saya mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya, kepada kakitangan perubatan hospital, kakitangan kejururawatan mereka serta kelab saya dan kakitangan perubatannya kerana telah merawat saya dengan begitu baik dan untuk memastikan saya selesa di sana, “tulisnya setelah beliau pulih bulan April.

“Bahagian paling sukar ada di belakang saya! Mari terus berjuang, itu penting!”

Liga Super China akhirnya bermula semula, dengan pasukan di liga teratas dipecahkan menjadi dua kumpulan untuk beraksi dalam format khas bagi menyelesaikan liga dalam masa yang singkat.

Shandong Luneng dan Fellaini bermula dengan kemenangan 3-2 ke atas Dalian Pro, di mana bekas bintang United itu menjaringkan tiga gol pasukannya dalam jarak masa lapan minit – dan, lebih mengagumkan, menjaringkan kesemuanya dengan kepalanya.

Dikenali dengan gaya permainan beliau yang kuat dan sangat bagus di udara, pemain tengah yang melompat tinggi itu membuka akaunnya pada minit ke-79.

Beliau kemudian melonjak lagi untuk membuat Shandong berada 2-1 mengatasi Dalian Pro yang dilatih oleh Rafa Benitez.

Dalian terlebih dahulu di hadapan menerusi Salomon Rondon.

Fellaini kemudian melengkapkan hatriknya pada minit ke-86, untuk memastikan pelawat pulang dengan 3 mata. Dalian mendapat gol saguhati pada masa kecederaan menerusi Marcus Danielson.

Sebagai rekod pada 2019 pemain tengah itu menjaringkan 13 gol dalam 34 penampilan untuk Shandong dalam semua pertandingan, termasuk lapan gol liga ketika pasukan itu menduduki tempat kelima secara keseluruhan.

Lihat sendiri hatrik daripada abey Fellaini.

Memang longgar marking ke atas Fellaini. Kalau marking ketat pun dia masih boleh bergasak inikan pula marking selonggar itu.

Rakan rakannya di bangku simpanan seakan akan tak percaya dengan apa mereka saksikan dan hanya tersenyum ketawa sambil bertepuk tangan.

Syabas kepada Fellaini di atas rekod hatrik yang luar biasa dan kemenangan pasukan anda.

Gembira melihat anda kembali semula ke padang selepas minggu sukar terkena wabak.

Baca yang lain