[VIDEO] Aksi Giroud Borong Kesemua 4 Gol, Termasuk Hatrik Sempurna

Olivier Giroud terus mengukuhkan namanya selaku antara penjaring prolifik dalam kempen UCL pada musim ini.

Malah sejak 2018/19, rekod gol Giroud di Eropah adalah menggerunkan.

Chelsea meraih kemenangan empat gol tanpa balas atas Sevilla di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan. Dengan kesemua empat gol The Blues diborong oleh Olivier Giroud.

Hasil kemenangan ini membuat Chelsea lolos ke-16 terakhir Liga Juar Juara Eropah dengan status juara Grup E. Chelsea mengutip 13 mata daripada 4 perlawanan.

Chelsea hanya memerlukan lapan minit untuk mencetak gol pembukaan.

Kai Havertz mencetuskan serangan dan kemudian menghantar bola kepada Giroud. Giroud merembat ke ‘far post’ dan meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-8.

Chelse mengukuhkan dominasi mereka dalam perlawanan ini. Sevilla berterusan dipaksa bertahan di kawasan sendiri.

Walaupun memiliki beberapa peluang terbaik untuk menambah gol, Chelsea hanya mampu masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-0.

Bersambung babak kedua, Giroud menambah gol kedua untuk Chelsea pada minit ke-54.

20 minit kemudian, Giroud melengkapkan hatriknya. Di mana penyerang antarabangsa Perancis itu memanfaatkan sebaik baiknya umpanan N’golo Kante.

Giroud secara rasminya disahkan sebagai penjaring hatrik paling tua dalam sejarah UCL. Beliau juga telah melakukan hatrik sempurna dengan kaki kiri, kaki kanan, dan tandukan.

Di dalam sejarah Chelsea cuma dua pemain sahaja yang mencetak hatrik di UCL iaitu Giroud dan Didier Drogba.

Tidak puas dengan hatrik, Giroud mencari satu lagi gol pada babak akhir perlawanan. Giroud dijatuhkan di dalam kotak penalti. Dan dia sendiri tampil selaku pelaksana penalti.

Giroud memastikan malam tadi miliknya dengan gol keempat menerusi penalti minit ke-83.

3 gol, menang 1 penalti di kotak lawan, menjadikan Giroud bintang 4 gol dalam perlawanan ini.

Giroud menjadi pemain Chelsea pertama sejak Frank Lampard (2010) menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan.

Lampard memberikan penghargaan kepada Giroud: “Saya ingat lagi 4 gol saya di Villa. Fair play buat Oli, bukan mudah woi nak skor 4, aku taulah.”

Saksikan lampu tinggi aksi Giroud di sini:

Baca yang lain