[VIDEO] Aksi Juanmi Memberikan Kekalahan Pertama Buat Xavi

Juanmi menjaringkan gol minit ke-79 untuk Real Betis mencuri 3 mata yang tidak disangka sangka dari Barcelona.

Sebelum sepak mula, Nou Camp meraikan pemenang anugerah Kopa, Padri dan pemenang Ballon d’Or Wanita, Putellas.

Xavi sebelum ini sudah menikmati beberapa keputusan yang sangat memberangsangkan. Namun kisah pada hari ini berbeza.

Ternyata Real Betis sangat berhak untuk meraih 3 mata tersebut, selepas prestasi yang memukau sepanjang 90 minit.

Pada minit ke-5, Coutinho dijatuhkan oleh Guido Rodrigez. Namun tiada penalti diberikan kerana pengadil merasakan bekas bintang Liverpool itu sendiri yang hilang keseimbangan.

Barcelona kemudian menguasai 15 minit pertama dengan sangat baik. Mereka mendesak Betis melakukan beberapa aksi bertahan yang agresif.

Namun pada minit ke-35, Barcelona kehilangan pemain muda mereka, Gavi yang cedera dan digantikan oleh Riqui Puig.

Pada masa kecederaan, Marc Bartra melakukan hadangan untuk menafikan peluang Barcelona.

Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa sebarang jaringan daripada kedua dua pasukan. Namun Barcelona benar benar mendapat rentak mereka dari segi fluiditi. Malang sekali penyudah menjadi masalah mereka.

Pada separuh masa kedua, Betis mencipa 2 peluang gol awal. Pertamanya menerusi hantaran lintang daripada Bellerin yang disambar oleh Juanmi. Mujur Lenglet menghadangnya.

Tidak lama selepas itu Juanmi menewaskan Ter Stegen. Tetapi gol itub dibatalkan kerana ofsaid. VAR menunjukkan bahawa ofsaid itu sangat nipis.

Pada minit ke-56, Barcelona meminta satu lagi penalti. Ini selepas Abde dijatuhkan. Tetapi tidak dilayan pengadil.

Lima minit berselang, bintang yang dipuji tuan presiden sebagai lebih bagus daripada Mbappe, iaitu Ousmane Dembele, melakukan percubaan lencong yang bahaya. Pemain antarabangsa Perancis itu memberikan impak sebaik sahaja dimasukkan.

Dembele melakukan beberapa siri percubaan pada separuh masa kedua. Tetapi tak masuk.

Ketika Barcelona sedang berusaha mencipta peluang gol, Juanmi mengejutkan mereka dengan gol pendahuluan untuk pasukan pelawat.

Di mana Juanmi menjaringkan gol kemenangan Betis pada minit ke-79. Juanmi menerima hantaran daripada Tello hasil daripada playmaking oleh Canales yang sempat melakukan chop untuk memerangkap pertahanan.

Juanmi tenang menewaskan Ter Stegen dengan leretan lencong.

Barcelona tidak dapat membalas gol itu. Dan pada masa kecederaan sebelum wisel penamat, Barca sekali lagi meminta penalti. Dan ianya ditolak sekali lagi.

Tamat perlawanan, Barcelona 0, Real Betis 1.

Ini adalah kekalahan pertama Barcelona di bawah kendalian Xavi yang dilantik menggantikan Ronald Koeman. Ketika artikel ini ditulias, Barcelona, berada 13 mata di belakang Real Madrid yang menjadi pendahulu, dan 6 mata di luar 4 teratas.

Saksikan jaringan kemenangan Juanmi yang memukau itu di sini:

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi