[Video] Aksi Luqman Hakim, Anak Malaysia Pertama Debut Di Liga Utama Belgium

Permata negara, Luqman Hakim akhirnya melakukan debut di Liga Utama di Eropah dalam saingan Liga Belgium / Jupiler Pro League

Selepas banyak halangan ditempuhi anak muda yang bakatnya dilahirkan menerusi program pembangunan NFPD/AMD itu, akhirnya Luqman Hakim membuat orang Malaysia tumpang berbangga.

Luqman Hakim pernah menyatakan impiannya untuk bermain di Eropah tak akan padam walaupun berdepan dengan banyak halangan ketika ini.

Semangat beliau membuatkan kita semua sangat kagum dengannya.

Seperti yang kita sedia maklum, nama Luqman Hakim dimasukkan dalam senarai pemain simpanan.

Pengurus Kortrijk, sudah memberikan bayangan beliau mungkin akan memberikan debut kepada Luqman Hakim.

Itu sudah cukup membuatkan ramai peminat bola sepak bersengkang mata, berharap pemain itu diberikan debut, dan dapatlah melihat anak Malaysia merumput di padang Belgium di hadapan Vincent Kompany.

Luqman debut

Hasrat jutaan peminat tertunai jua!

Luqman Hakim dimasukkan pada minit ke-74 perlawanan. Debut itu diberikan selepas aksi cemerlang Luqman bersama dengan pasukan beliau KV Kortrijk sebelum ini.

Kemasukan Luqman Hakim itu benar benar dinantikan seluruh rakyat Malaysia.

Luqman Hakim menunjukkan keyakinannya di atas padang. Beliau kelihatan cergas dan berani. Ini adalah debut untuk Luqman Hakim. Namun beliau berjaya mengendalikan tekanan dengan matang sekali.

Korang boleh saksikan debut Luqman Hakim di sini:

 

 

KV Kortrijk tewas 1-3 kepada gergasi liga Belgium iaitu Anderlecth.

R.S.C. Anderlecht di hadapan seawal minit ke-6 menerusi gol Lucas Nmecha. Sebelum rehat. R.S.C. Anderlecht menambah lagi gol menerusi Percy Tau.

Percy Tau sekali lagi menjaringkan gol pada separuh masa kedua, sebelum kemasukan Luqman Hakim.

Kortrijk mendapat penalti, yang turut berpunca daripada gerakan Luqman Hakim.

Ilombe Mboyo menyempurnakan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan 1-3.

Namun R.S.C. Anderlecht pulang dengan 3 mata.

Berikut adalah kedudukan Liga Belgium selepas tamat perlawanan.