[VIDEO] Aksi Memukau Pemain Arsenal Kerasukan ‘Wengerball’ Dengan Third Man Running

Arsenal cemerlang menewaskan West Brom dalam aksi yang dikuasai The Gunners sepenuhnya.

West Brom langsung tiada jawapan kepada 4 gol yang dihasilkan oleh Arsenal.

Arsenal membuka tirai jaringan pada minit ke-23. Kieran Tierney menewaskan Sam Johnstone dengan rembatan lencong yang cantik.

5 minit kemudian, giliran Bukayo Saka menewaskan Sam Johnstone.

Pada separuh masa kedua, Lacazette menjaringkan 2 gol lagi untuk Arsenal membawa pulang 3 mata dari kondisi padang yang sangat sukar dengan salji tebal.

Paling menarik adalah aksi gol kedua Arsenal dengan gerakaan kombinasi serta larian pemain ketiga / third man running.

Ianya mengingatkan kita kepada gaya Wengerball satu ketika dahulu di Arsenal. Satu aksi dengan sentuhan hantaran pertama dan larian daripada blind side.

Gerakan kemas melibatkan 3 pemain yang memecahkan blok rendah West Brom. Di mana Smith Rowe memulakan penetrasi itu dan Saka melakukan lay off pass kepada Lacazette yang kemudian melakukan killer pass kepada Smith Rowe.

Rowe dengan bijaknnya melakukan square pass untuk menjadikan gol itu tipikal gol permainan FIFA.

Seorang peminat Arsenal menganggap ia adalah gol yang mengembalikan ingatan mereka ke masa lalu.

Saksikan di sini:

Cantik bukan? Agak menarik kerna dua daripada 3 pemain terlibat adalah graduan akademi Arsenal.

Prestasi cemerlang Arsenal dua perlawanan terakhir melonjakkan skuad berpangkalan di Utara London itu ke tangga ke-11 dan semakin hampir ke 10 teratas.

Bercakap setelah kemenangan 4-0 Gunners, Saka berkata: “Itu adalah gol pasukan yang luar biasa dan nasib baik saya berjaya menyempurnakannya. Saya suka gol itu.”

“Ia sangat hebat tetapi saya mendapat banyak sentuhan di posisi yang baik sehingga saya sangat menikmati permainan ini.”

“Ini cara sempurna untuk memulakan tahun baru, kami memenangi tiga berturut-turut sehingga kami ingin terus membangun. Kami sangat gembira dengan persembahan kami.”

Gol Saka adalah salah satu gol berpasukan yang sangat baik. Dan tidak mustahil ia tercalon dalam Puskas. Kerana dalam beberapa tahun ini, ada sahaja team goal yang dicalonkan.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil