[VIDEO] Aksi MOTM Ozan Kabak vs Leipzig, Solid Dan Dominan

Ozan Kabak mungkin dibayangi dengan detik ngeri ketika debut EPL beliau. Di mana Ozan dan Alisson bertembung dalam suasana yang disifatkan Klopp sebagai kekeliruan dua pemain.

Kabak sebenarnya beraksi baik dalam aksi berdepan dengan Leicester. Tetapi siapa nak kisah kan? Sebab kalah.

Baiklah, beberapa hari kemudian, Ozan Kabak diberikan debut dalam UCL pula oleh Jurgen Klopp. Bergandingan dengan Jordan Henderson.

Dan Ozan Kabak menunjukkan kesefahaman lebih baik dengan Alisson dan rakan rakannya  yang lain.

Liverpool menang 2-0 ke atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Pemain bek tengah Turki tersebut menunjukkan kualitinya di bahagian pertahanan.

Bercakap kepada Liverpoolfc.com Kabak berkata: “Ini hari yang istimewa buat saya kerana ini adalah clean sheet serta kemenangan pertama saya dengan jersi ini.”

“Saya pemain baharu, masih muda dan ramai bintang di sini. Saya perlukan sedikit masa untuk beradaptasi dan dengan masa yang ada, saya akan menjadi lebih baik, saya rasa.”

“Saya berpendapat kami bermain dengan sangat baik. Kami memberikan segalanya atas padang. Kami menang kesemua pertarungan di tengah dan saya rasa kami berhak menang. Saya sangat gembira.”

“Leipzig pasukan yang sangat bagus, berada di tangga kedua dalam saingan Bundesliga. Tetapi saya rasa tadi kami menguasai perlawanan dengan sebaiknya.”

“Separuh masa pertama kami mempunyai banyak peluang baik dan babak kedua kami menjaringkan gol kerana kesilapan mereka – tetapi kami sudah dapat mengawal perlawanan.”

Ozan Kabak menerima penghargaan sebagai MOTM pilihan para peminat di laman rasmi Liverpool.

Kabak berjaya mencatatkan 67 sentuhan dalam perlawanan ini.  Dengan  4 bentesan berjaya daripada kesemua 4 bentesan yang  dilakukannya.

Beliau juga memiliki rekod 87% hantaran tepat.

Saksikan highlight aksi Kabak berdepan dengan RB Leipzig.

 

Baca yang lain