Video: Aksi MOTM Trent Alexander Arnold vs Leicester, 2 Assist 1 Gol Power

Trent Alexander Arnold terus menjadi nama penting dalam skuad Liverpool. Beliau sudah membantu Liverpool menjuarai 3 piala kontinental pada tahun 2019.

Minggu lalu Arnold membantu Liverpool melengkapkan puzzle terakhir dalam kabinet trofi di Anfield.

Liverpool kembali semula untuk urusan EPL selepas minggu yang sangat padat dalam jadual mereka.

Dalam aksi menentang Leicester, Trent Alexander Arnold menjadi pemain terbaik perlawanan. Tidak perlu dibantah atau dakwa dakwi lagi.

Brendan Rodgers sendiri memuji aksi Trent Alexander Arnold.

Trent mencatatkan statistik 2 assist dan 1 gol dalam aksi pertembungan di antara dua pasukan teratas liga ketika ini.

Beliau juga menjadi pemain paling banyak menyentuh bola, paling banyak melakukan hantaran lintang, paling banyak assist, serta paling banyak (kongsi bersama) untuk ciptaan peluang.

Anak jati Scouser ini menjadi ancaman utama Leicester sepanjang perlawanan ini. Beliau terlibat dalam 3 cetusan peluang gol. 2 daripadanya menjadi assist.

Trent Alexander Arnold terlibat secara tak langsung untuk gol kedua Liverpool di mana sepakan penjuru beliau telah memenangi penalti untuk The Reds.

Beliau bermain dalam sistem yang sangat advance dengan lebih banyak berlegar di zon serangan.

Trent kini menjadi pemain paling kreatif di EPL sejak musim lalu dengan 19 assist dicatatkan sehingga setakat ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau menutup malam cemerlang dengan satu gol yang cantik, di mana beliau menggunakan bahagian shoelace untuk merembat masuk bola hasil umpanan Sadio Mane yang merupakan half chance.

Gol itu memang penuh dengan kemerecikan dan juga euforia. Liverpool menang 4-0 dalam aksi menentang Leicester dan menjarakkan diri 13 mata daripada The Foxes dengan ada baki 1 perlawanan lagi berbanding mereka.

https://twitter.com/i/status/1210329494856355842

Liverpool di hadapan menerusi Roberto Firmino yang menerima hantaran lintang oleh Trent Alexander Arnold.

Pada separuh masa kedua, Liverpool menjaringkan 3 gol dalam jarak 6 minit setengah.

Dimulakan dengan penalti oleh James Milner selepas sepakan penjuru Trent Alexander Arnold terkena tangan pasukan lawan.

Beliau memang selayaknya menjadi pemain terbaik perlawanan pada malam ini.

Selepas itu, Trent Alexander Arnold kemudian mencipta satu lagi gol untuk gol ketiga oleh Roberto Firmino.

Arnold menjaringkan gol keempat Liverpool pada minit ke-78 perlawanan.

Malam yang sangat indah untuk Trent Alexander Arnold dalam boxing day kali ini. Dan turut merembat keraian Kylian Mbappe.

Liverpool kini kekal tanpa kalah selepas 18 perlawanan dalam liga pada musim ini.

Liverpool meneruskan rekod cemerlang tidak kalah dalam 35 perlawanan liga terakhir mereka. Hanya sekali Liverpool tewas dalam proses tersebut.

Selain itu The Reds sudah mencatatkan 9 kemenangan berturut-turut ketika ini dalam saingan EPL.

Syabas kepada Liverpool di atas kemenangan berkarakteristik dan berkarisma ditunjukkan oleh kesemua pemain.

Liverpool selepas ini akan berhadapan dengan Wolves pada aksi Ahad, ataupun awal pagi Isnin untuk kita yang di Malaysia.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di