[VIDEO] Aksi Nasri Kembali Sarung Jersi Marseille Dalam Perlawanan Kebajikan Selepas Bersara

Samir Nasri mengumumkan persaraanya pada bulan lalu. Namun hanya beberapa minggu daripada persaraannya, Nasri dilihat sudah memiliki fizikal yang sangat mengejutkan.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu beraksi dalam aksi persahabatan bagi mengumpul dana kebajikan.

Nasri akhirnya kembali menyarung jersi Marseille yang menjadi kelab yang mengangkat namanya satu ketika dahulu.

Nasri satu ketika dahulu dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, pada kemuncak kariernya.

Samir Nasri mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional. Keputusan itu mungkin dianggap terlalu awal, memandangkan dia baru berusia 34 tahun.

Nasri adalah bakat elit dalam bola sepak. Pemain yang sangat kreatif dan berskil. Nasri juga merupakan pemain dalam kategori budak nakal. Suka berparti dan seringkali melanggar peraturan kelab.

Ketika bersama dengan Arsenal, beliau sangat luar biasa kerana Arsene Wenger berjaya mengawal kelakuan pemain tersebut. Membuatkan Nasri menjadi idaman banyak kelab besar lain.

Dan kemudian memutuskan untuk menyertai Manchester City yang ketika itu dalam proses revolusi. Nasri sah menyertai City pada 2011. Dan kemudian kariernya tidak sama lagi dengan ketika di Arsenal.

Ketika kehadiran Pep Guardiola, nama Nasri terus disisihkan dan dipinjamkan ke Sevilla, sebelum menyertai Antalyaspor secara tetap pada 2017.

Namun kontraknya ditamatkan kerana melanggar peraturan anti doping. Nasri digantung enam bulan oleh UEFA kerana melanggar peraturan WADA (World Anti-Doping Agency).

Selepas penggantungannya tamat, bekas pemain Marseille itu menyertai West Ham pada 2019. Kemudian beliau ke Anderlecth, dan memutuskan untuk bersara penuh.

Nasri dijemput oleh Marseille untuk memeriahkan acara kebajikan yang turut dihadiri Robert Pires dan Didier Drogba.

Nasri bersama sama dengan pemain pemain legenda Marseille yang lain bertemu dengan pasukan UNICEF bimbingan Arsene Wenger.

Namun peminat sangat terkejut melihat fizikal Nasri yang menurut mereka terlalu cepat berubah.

Ramai juga peminat wanita yang menjadikan Nasri crush mereka dahulu agak kecewa dengan penampilannya.

Amat berbeza sekali dengan pemain yang sudah bersara seperti Drogba dan Pires yang dilihat masih dalam shape fizikal yang baik.

Beberapa aksi Nasri di atas padang dikongsikan para peminatnya. Ramai juga yang mengusik Nasri sebagai seorang yang benar benar melupakan bola sepak dan menikmati persaraannya.

Saksikan beberapa video Nasri di sini, klik je tweet tu:

Ramai juga yang risau dengan fizikal Nasri yang dianggap terlalu gemuk dan berharap Nasri dapat mengurangkan berat badannya demi kebaikan beliau terutama sekali dari segi kesihatan.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai