[Video] Aksi Penyelamat Dari Watanabe Menyelamatkan Percubaan Rakan Sendiri

Kelantan berjaya membawa pulang 1 mati dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas mengikat Terengganu II seri tanpa jaringan.

Dalam perlawanan tersebut pasukan tuan rumah berputih mata walaupun menguasai perlawanan dan melakukan cubaan bertali arus ke gawang pelawat.

Selain dari kecemerlangan penjaga gol Kelantan, Faridzuen Kamuruddin unsur nasib juga banyak tidak menyebelahi Terengganu II.

TFC II LWN TERENGGANU DI PRA MUSIM

Pada pra musim yang singkat kedua-dua pasukan sempat bertemu dalam perlawanan persahabatan di stadium sama. Dalam perlawanan itu juga mempunyai perkara menarik.

Kelantan mendapat jaringan minit akhir apabila penjaga gol Terengganu melakukan aksi bluder.

Pemain pertahanan menghantar bola kepadanya namun dia menampan bola dengan agak buruk sebelum Jack Hindle yang berlari dari jauh berjaya menolak masuk ke dalam gawang.

SEBELUM PERLAWANAN

Beberapa jam sebelum perlawanan malam semalam, pemilik Kelantan, Zamsaham memuatnaik nada kecewa apabila tuan rumah tidak membenarkan pasukan itu membuat rakaman siaran langsungnya sendiri.

Ia mungkin boleh diterima kerana Terengganu mempunyai hak untuk menguruskan siaran langsung di gelanggang sendiri. Susah juga kalau ada 2 live perlawanan sama dengan harga berbeza.

Lagipun konsep menguruskan siaran langsung masih peringkat baru dan banyak lagi perkara tentang pembahagian belum dibincangkan sebelum menemui kata sepakat..

Macam Kelantan kena bagi berapa kepada pasukan pelawat atau pasukan Kelantan terima berapa dari pasukan pelawat.

TFC 0 KELANTAN 0

Disamping menguasai permainan, Terengganu II mempunyai 3-4 peluang besar untuk menjaringkan gol. Pasukan ini sepatutnya boleh keluar sebagai pemenang 3-0 tetapi ia tidak berlaku.

Tandukan terkena palang, serangan yang berjaya memecah blok pertahanan tetapi tiada ‘brek’ dan yang paling mencuri tumpuan adalah Masaki Watanabe merosakan tandukkan kawan sendiri ketika bola sudah menuju ke dalam gawang.

Tindakan separa sedar itu berlaku kerana dia merupakan seorang pertahanan tengah yang kerjanya mempertahankan pintu gol dari dibolosi.

Ada yang berkata Watanabi merasakan dia masih seorang pemain pertahanan Kelantan dan tidak kurang juga penyokong Kelantan mahu bersangka baik dengannya mengatakan dia masih sayangkan Kelantan.

Tapi itu semua teori liar tanpa sandaran yang kukuh. Hanya Watanabe tahu.

https://fb.watch/4hqOC1uysh/

KELANTAN MENDAPAT PUJIAN DARI PENYOKONG

Selepas 4 perlawanan pasukan ini telah mengumpul 7 mata melalui 2 kemenangan dan 1 seri. Di atas kertas ia bukanlah sesuatu yang dijangka kerana pasukan ini hanya membariskan pemain yang tidak pernah mempunyai pengalaman besar di Liga Perdana apatah lagi Liga Super.

Malahan senarai pemain Terengganu II, Perak II dan Selangor II lebih ramai yang sudah bermain di divisyen 2 itu.

Hanya Safwan dan Nurshamil sahaja yang mempunyai sedikit pengalaman berada di pentas tertinggi. Natahel Siringoringo juga pemain divsyen 3 Indonesia, Jack Hindle pula pemain di non league Football.

Kutipan 7 mata tersebut amat baik dengan status pemain yang ada dalam pasukan.

Dalam 4 perlawanan lepas Kelantan tidak menunjukkan permainan luar biasa tetapi mereka mempunyai semangat untuk bermain bola.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di