[VIDEO] Aksi Tenang Fabinho Melakukan Panenka Menewaskan Pakar Penyelamat Penalti, Kepa Arrizabalaga

Fabinho melakukan penalti paling tenang dalam penentuan penalti antara Chelsea dan Liverpool pada final Piala Carabao.

Kualiti penalti kedua dua pasukan dan reputasi kedua dua penjaga gol benar benar membuatkan pemain pemain memilih penalti yang ada kekuatan pada bola.

Namun Fabinho memilih untuk mengingatkan dunia bahawa dia sebenarnya memang Brazillian walaupun wajahnya seperti orang Melayu.

Di mana dia melakukan penalti fancy menewaskan pakar penyelamat penalti, Kepa Arrizabalaga.

Bukan mudah untuk melakukan penalti seperti itu berdepan dengan Kepa yang sudah beberapa kali menjadi wira penalti Chelsea.

Milner dan Marcos Alonso menyempurnakan tugasan pertama untuk pasukan masing masing.

Fabinho kemudian mara untuk tugasa kedua. Di mana dia melakukan penalti tenang dengan panenka dan masuk.

Saksikan sendiri:

Ramai yang memuji panenka Fabinho sebagai sangat bagus.

Fabinho berjaya menewaskan penjaga gol termahal dunia dengan penalti berkualiti tinggi:

Lukaku turut tidak melakukan kesilapan untuk tugasan kedua pasukan masing masing masing.

Virgil Van Dijk mara untuk tugasan ketiga Liverpool dan merembat deras lalu masuk walaupun berjaya dibaca Kepa. Kai Havertz turut berjaya membidik tepat penalti โ€“ 3-3 selepas 3 penalti pertama.

Trent Alexander Arnold melakukan rembatan deras yang tak mampu digapai Kepa. Reece James yang baru kembali dari kecederaan merembat masuk walaupun dibaca oleh Kelleher.

Mohamed Salah memastikan 5 penalti pertama Liverpool masuk. Pakar penalti Chelsea, Jorginho pula tampil dan seperti biasa, melakukan penalti tenang dan masuk. 5-5 selepas 5 sepakan.

Kini pertarungan masuk ke sudden death.

Diogo Jota berjaya menewaskan Kepa. Rudiger juga tiada masalah melakukan penalti berkualiti dan masuk.

Divock Origi dan Kante memastikan kedudukan 7-7.

Werner berjaya menyamakan penalti Robertson walaupun dibaca Kelleher.

Elliot da Thiago Silva juga masing masing berjaya mengatasi detik gemuruh dengan gol untuk kedudukan 9-9.

Konate dan Chalobah menjadikan kedudukan 10-10.

Kelleher berjaya menyempurnakan penalti ala striker. Namun Kepa yang dibawa masuk untuk menjadi wira penalti telah melambungkan bola.

Liverpool Juara dengan kemenangan 11-10 dalam penentuan penalti!