[Video] Aksi Willian vs Fulham: Debut Sempurna Di Mata Arteta

Pemain baru Arsenal, Willian, tampil dengan debut impian dalam perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris 2020/2021 untuk Arsenal.

Willian menjadi nadi penting Arsenal dalam derbi London berdepan Fulham untuk membantu pasukannya mencetak kemenangan 3-0 di Craven Cottage.

Willian ditandatangani oleh Arsenal secara percuma setelah kontrak beliau dengan Chelsea tamat.

Willian memberi sumbangan besar dalam kemenangan itu.  Beliau terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kesemua tiga gol yang dijaringkan oleh Alexandre Lacazette (8 ‘), Gabriel (49’) dan Pierre-Emerick Aubameyang (57 ‘).

Di mana beliau mencipta peluang kepada kesemua gol tersebut, dua daripadanya adalah assist. Tidak hairanlah peminat Arsenal menobatkan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan.

Lantas Mikel Arteta menghamburkan pujian kepada bekas pemain Chelsea itu.

“Itu sangat bagus sekali,” kata Arteta sebaik sahaja tamat perlawanan.

Arteta kemudiannya menyatakan dia tidak terkejut dengan persembahan Willian yang lancar itu.

Willian menjadi salah seorang penyerang bertiga bersama dengan Aubameyang dan Lacazette dalam debut beliau.

Di mana, hanya dalam perlawanan pertama sahaja beliau sudah menjadi pencabar tempat dalam kesebelasan utama. Isyarat yang penting buat Nicolas Pepe.

“Jelas sekali untuk Willian, dia suda tahu liga ini, negara ini dan sangat mantap di sini jadi saya tahu persembahannya akan terus meningkat,” kata Arteta lagi.

Arteta mengakui beliau agak pening untuk memilih siapakah pemain yang patut beraksi kerana kualiti yang beliau miliki di dalam pasukan.

“Kami tahu Willian akan memberikan impak segera. Ianya sukar pada ketika ini untuk memilih pemain yang betul untuk bermain di serangan, kerana terlalu banyak persaingan.”

“Namun ianya akan menaikkan penanda aras pada pasukan.”

Arteta kemudian menanggap debut Willian dan juga seorang lagi rakannya dari Brazil iaitu Gabriel Magalhaes sebagai sempurna dan tidak ada yang lebih baik daripada itu.

Saksikan persembahan Willian berhadapan dengan Fulham di sini:

Arteta anggap impian Willian akan memberikan manfaat kepada Arsenal

Mikel Arteta pernah menyatakan bahawa impian Willian akan memberikan manfaat kepada pasukannya.

Ini kerana pemain itu jelas sekali ada impian yang sangat besar dalam fasa akhir kariernya.

Willian sebelum ini pernah menyatakan alasan di sebalik keputusan untuk menyertai Arsenal. Pemain Brazil itu mengakui bahawa dia berminat dengan projek Mikel Arteta untuk merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah di Arsenal.

Di mana ketika di Chelsea beliau tidak pernah merangkul piala terbesar dalam kalendar Eropah itu.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Arsenal.

“Salah satu sebab saya mahukan kontrak tiga tahun adalah menjadi sebahagian daripada perancangan pasukan ini. Ketika saya bercakap dengan pengurus, dia memberitahu mengapa dia memerlukan saya selama tiga tahun di sini,” kata Willian.

Sebagai rekod, Arsenal tidak pernah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. Pertandingan Eropah terakhir yang dimenangi Arsenal adalah Piala Pemenang Piala 1993-1994.

Baca yang lain