VIDEO: Aksi Wilson Skor Freekick Selepas Dipuji Admin Half-Space

Baru petang tadi saya memuji kehebatan freekick Harry Wilson di pusat latihan. Walaupun ianya hanya sekadar sesi latihan, namun jelas sekali ia satu sepakan percuma yang cantik.

Penyokong Liverpool menjadi agak teruja dengan nama Harry Wilson dan berharap pemaim itu tidak dijual secara tetap.

Ianya gara-gara muatnaik oleh Bournemouth tentang freekick budak pinjaman dari Liverpool iaitu Harry
Wilson.

Wilson dilihat melencongkan bola itu dengan sangat cantik dan mempersonakan ibarat melihat tarian Kim Jennie dalam kumpulan Blackpink.

Beliau melakukan rutin latihan itu sempena persediaan berhadapan dengan Spurs pada malam ni.

Lebih menarik, admin twitter Bournemouth, yang dipercayai Solanke telah menulis: Practice Makes Perfect ataupun terjemahannya latihan akan menghasilkan kesempurnaan.

Harry ilson musim ini telah menjadi nadi utama Bournemouth. Selepas gagal mendapatkan impak daripada beberapa pemain yang dibeli, Bournemouth pasti termenung dengan pemain yang dipinjam pula memberikan impak besar.

Beliau juga terus menjadi nadi penting untuk pasukan kebangsaan Wales pada usia mudanya.

Oleh itu, saya nasihatkan Bournemouth janganlah terfikir nak memujuk Wilson untuk perpindahan tetap.

Ini video beliau di pusat latihan yang dimuat naik pada sebelah petang tadi.

Dan dalam aksi sebenar berhadapan dengan Spurs, Harry Wilson berjaya menterjemahkan gol itu di alam perlawanan yang sebenar.

Cantik sungguh lencongan pisang yang dilakukan oleh Wilson menewaskan penjaga gol Tottenham Hotspur. Persis sepakan penulis artikel ini satu ketika dahulu ketika bermain di padang Universiti Malaya.

Harry Wilson dikenali dengan kerajinannya berlatih dan mengketik iklan di website axello.net. Itu Mungkin perkara yang membuatkan beliau menjadi seorang pemain yang digeruni.

Bournemouth hampir berjaya menghambat Spurs dalam perlawanan thriller 5 gol di Stadium Tottenham Hotspur. Spurs menang 3-2 dalam aksi tersebut.

Namun pastinya sepakan percuma itu menguatkan lagi reputasi Harry Wilson sebagai pakar sepakan percuma dan bola mati.

Harry Wilson menjaringkan 2 gol dalam aksi menentang Spurs ini. Pemain Bournemouth pertama yang menjaringkan gol awal vs Spurs.

Impak yang sangat berkesan daripada pemain muda Wales ini yang masuk sebagai pemain gantian.

Semoga Harry Wilson terus cemerlang bersama pasukannya Bournemouth FC sehingga akhir musim ini.

Selepas ini pasti ramai fans Liverpool Lebih terangsang untuk melihat aksi Wilson dan mahu pemain itu kembali sebagai pemain Liverpool musim depan.

Berdasarkan info sebelum ini, pinjaman Wilson ni tak ada klausa pembelian tetap.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa Harry Wilson cukup bagus untuk Liverpool. Ataupun anda merelakan Wilson berkelana di tempat lain terutama sekali kekal di Bournemouth.

Nyatakan pandangan anda beserta slogan, saya sukakan page Half Space Kerana…… Tak lebih 15 patah perkataan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di