[VIDEO] Alejandro Garnaco Kerasukan Roh Rooney Dan Raikannya Dengan Gaya SIUUU CR7

Alejandro Garnacho pemain yang berbakat besar. Namun dia bergelut dengan konsistensi. Walaubagaimanapun pemain muda itu diakui pemain berbakat dan beberapa kali melakukan gol yang luar bias.

Namun yang satu ini adalah yang terbaik di dalam kariernya setakat ini. Dalam aksi menentang Everon, minit ketiga, pemain asal Argentina itu melakukan sepakan gunting yang dianggap persis gol ikonik Wayne Rooney satu ketika dahulu.

Dia menerima hantaran Diogo Dalot yang agak sedikit ke belakang. Dia melakukan kontak dengan melipat bola itu dan terus masuk. Gol yang pastinya akan menjadi koleksi katalog antara gol terbaik dalam sejarah EPL.

Peminat menganggap Garnacho baru sahaja kerasukan roh Rooney dan melakukan gol luar biasa itu.

Ada juga menyatakan ia mirip gol Cristiano Ronaldo. Apa sajalah, yang pasti gol itu benar benar sempurna dan lawa.

Bukan itu sahaja dia turut meraikan gol itu dengan keraian SIUUUU yang merupakan keraian milik idolanya Cristiano Ronaldo.

ESPN menyatakan Garnacho adalah Setan Merah sejati. Dia melakukan gol mirip Rooney dan meraikannya dengan Siuu Ronaldo.

Garnacho turut dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini. Dia benar benar memiliki hari yang indah untuk dia kenang. Gol itu pastinya akan menjadi calon untuk anugerah Puskas akan datang.

Selepas gol itu Man United menambah 2 lagi gol menerusi Marcus Rashford dan juga Anthony Matial untuk menang 3-0. Meneruskan rentak kemenangan mereka di tempat lawan kepada 4 kemenangan berturut turut di luar Old Trafford.

Tiada pasukan yang lebih perform daripada Man United pada ketika ini di EPL. Membolehkan mereka terus mendaki carta liga untuk menghampiri 4 teratas.

Saksikan gol ajaib Garnacho dalam highlight perlawanan di sini:

Tekanan berterusan untuk Everton

Bagi Everton kekalahan ini meletakkan mereka lebih dalam masalah. Selepas kelab itu dipotong 10 mata kerana kesalahan FFP.

Kini pasukan itu kekal di tangga ke-19. Sebelum dipotong mata mereka di tempat ke-14 ye.

Semalam peminat Everton menyewa jet untuk mengibarkan banner protes kepada EPL yang dianggap pilih kasih, dan hanya menghukum mereka namun bukan City. Banner bertulis Premier League Korup itu diterbangkan di atas langit Etihad ketika aksi Man City menentang Liverpool.