VIDEO: Alisson Melakukan Larian ‘Forest Gump’ Dan Knee Slide Meraikan Gol Salah

Liverpool memastikan kemenangan milik mereka dalam aksi derbi Barat Laut England, berhadapan dengan musuh tradisi Manchester United.

Perlawanan  ini sentiasa menjadi perlawanan tumpuan seluruh dunia. Ini kerana reputasi dan prestijnya.

Liverpool 2 Man United 0

Liverpool menang dengan keputusan 2-0. Gol pertama Liverpool adalam menerusi Virgil Van Dijk pada minit ke-14, menerusi satu tandukan cantik.

Dua gol Liverpool kemudiannya dibatalkan. Salah satunya ditarik oleh VAR. Dan satu lagi adalah kerana Wijnaldum terlebih dahulu berada pada kedudukan ofsaid.

Liverpool bermain dengan baik. Alisson kental di benteng terakhir pasukan Liverpool.

Satu ‘scene’ yang menarik semalam adalah apabila gol kedua, oleh Mohamed Salah.

Di mana Alisson berlari dari kawasan gol beliau ke atas, memintas kesemua pemain lain yang mahu meraikan gol dengan Mohamed Salah.

Alisson melakukan assist kepada Mo Salah. Beliau menangkap bola, dan terus melakukan hantaran lambung yang kemas menemui Mohamed Salah.

Salah yang menerima bola itu berjaya mengekalkan stabiliti beliau dengan larian pantas. Tiba di hadapan gol, Mohamed Salah menjaringkan gol yang tenang.

Korang tengok aksi Alisson di sini, sambil melakukan knee slide:

Ada yang menyatakan gaya keraian itu mengimbau betul dengan apa yang pernah dilakukan Pepe Reina satu ketika dahulu.

https://twitter.com/i/status/1218987764403838977

Reina juga meraikan gol kedua Liverpool pada masa kecederaan. Namun kederasan larian Reina ni lain macam sikit.

Kebiasaannya, penjaga gol dalam kedudukan Alisson akan cuba melengahkan waktu permainan. Namun bukan beliau.

Alisson melakukan hantaran terus dan kemudian berlari sekuat hati ke kawasan byline pasukan lawan untuk meraikan gol.

Alisson kini menjadi penjaga gol Liverpool yang pertama melakukan assist dalam aksi Liga Perdana Inggeris, selepas kali terakhir dilakukan oleh Pepe Reina pada 2010.

Di mana, ketika itu Reina melakukan hantaran kepada Torres dalam aksi berhadapan dengan Sunderland pada Mac 2010.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool kini 16 mata di atas Leicester dan 17 mata daripada City.

Ini selepas Manchester City dan Leicester City, kedua-duanya keciciran mata dalam sepak mula lebih awal.

Manchester City terikat 2-2 dengan Crystal Palace. Leicester City tewas 1-2 di tangan Burnley.

Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah di dalam Liga Perdana Inggeris musim ini selepas 22 perlawanan. Dan sudah 39 perlawanan liga tanpa kalah.

Untuk saingan musim ini, Liverpool masih ada satu baki perlawanan di dalam tangan.

Ia mencerahkan lagi peluang The Reds untuk menamatkan kemarau kejuaraan 30 tahun dalam pentas liga utama England.

Perlawanan seterusnya, Liverpool akan berhadapan dengan Wolves. Sementara itu Manchester United akan berhadapan dengan Burnley.

Manchester United, sekali lagi mempersia – siakan peluang untuk merapatkan jurang dengan pasukan di tangga keempat. Chelsea tewas mengejut dalam aksi, hari sebelumnya.

Korang boleh tengok highlight bawah ni:

Baca yang lain