[VIDEO] Alisson Menganjing Gaya Melengahkan Perlawanan Cara Pickford

Alisson Becker membuatkan penyokong di Anfield menjadi gegak gempita apabila dia sempat menganjing Jordan Pickford.

Sepanjang perlawanan, Pickford menangkap bola kemudian meniarap untuk melengahkan perlawanan.

Misalnya pada msa kecederaan separuh masa pertama, Pickford sempat mengenyitkan matanya menganjing penyokong Liverpool dengan aksi melengahkan perlawanannya.

Namun dalam situasi Everton sudah ketinggalan, aksi tersebut tidak relevan bagi Pickford lagi.

Pada masa kecederaan Alisson mahu menggunakan jurus yang digunakan Pickford itu untuk melengahkan sedikit masa ketika Liverpool mendahului 2-0.

Detik itu benar benar menghiburkan peminat yang hadir.

Everton dari awal sepak mula cuba bermain negative football dalam perlawanan ini. Mereka banyak melengahkan perlawanan.

Terutama sekali Richarlison pada separuh masa pertama.

Alisson Becker berjaya mencipta satu lagi clean sheet dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini. Menjadikan beliau terus kekal dalam persaingan untuk sarung tangan emas EPL.

Everton nampaknya sudah kesuntukan masa untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir ke liga Kejuaraan.

Everton gagal memenangi aksi di Anfield ataupun membawa sebarang mata daripada perlawanan ini.

Liverpool menguasai sebahagian besar perlawanan dengan Everton hanya berminat bertahan di zon sendiri di kawasan bawah dan cuba menyerang balas.

Kemasukan Divock Origi memberikan dimensi berbeza. Dia terus menghadirkan impak. Origi terlibat dalam binaan gol pertama Liverpool. Di mana Andy Robertson menyudahkan hantaran lintang Mohamed Salah.

Divock Origi turut menjaringkan satu lagi gol dalam aksi derbi. Di mana Origi menanduk masuk bola yang melantun hasil aksi lipat Luis Diaz.

Gol itu menjadikan Everton sebagai mangsa utama Divock Origi di dalam kariernya.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi