Dalam bola sepak, selain daripada pemain, penyokong dan budak milo juga boleh memainkan peranan penting dalam melengahkan perlawanan.
Teknik melambat lambatkan perlawanan ini biasanya dilakukan apabila pasukan itu mendahului atau berada dalam kedudukan mendapat mata penting.
Namun sebaliknya yang berlaku ketika aksi Leeds. Di mana penyokong Leeds United menolak untuk memberikan semula kepada Chelsea untuk lontaran ke dalam, dan hal itu sama sekali tidak disenangi oleh Raphinha sendiri.
Pemain sayap Leeds United berasal dari Brazil itu terpaksa campur tangan kerana bengang melihat penyokong tersebut membuang masa dan tak mahu memberikan semula bola kepada pemain Chelsea.
Insiden tersebut berlaku ketika aksi kekalahan 3-0 Leeds United di tangan Chelsea di Elland Road dalam saingan Premier League pertengahan minggu.
Wajah Alonso cukup menceritakan segalanya. Dia hanya tersenyum melihat telatah penyokong wanita itu yang mungkin merasakan dia sedang melakukan perkara terbaik untuk membantu pasukannya dan menyusahkan Chelsea.
Raphinha helping out a Chelsea player 👀 pic.twitter.com/N04zECqceC
— Zak (@ZG1999_) May 12, 2022
Skuad kendalian Jesse Marsch kekal berada di zon penyingkiran dalam carta saingan Premier League dengan mereka kini hanya berbaki dua perlawanan sahaja untuk mengubah kedudukan.
Mason Mount terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Chelsea mendahului perlawanan pada minit ke-4 permainan.
Leeds kemudiannya dilihat cuba untuk beri saingan namun kad merah yang diterima oleh Dan James ada minit ke-20 permainan seolah-olah mengakhiri usaha mereka dalam perlawanan ini.
Christian Pulisic dan Romelu Lukaku turut berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini pada aksi babak kedua permainan.
Para penyokong Leeds United yang berada di stadium kemudiannya cuba untuk bermain permainan minda dengan pemain Chelsea walaupun skuad mereka yang sedang ketinggalan pada ketika itu.
Penyokong di media sosial juga turut sependapat dengan Raphinha dan mereka tampil menghentam wanita tersebut.
🗣[@gbsans🥇] | Leeds United's defeat against Chelsea brings Raphinha one step closer to Barça. The English team is third from the bottom on the table and is one step away from certifying its relegation to the Championship. #fcblive pic.twitter.com/vKPnza2wK6
— BarçaTimes (@BarcaTimes) May 12, 2022
“Sudah berada di zon penyingkiran dan masih ada harapan untuk selamat, tapi penyokong bertindak seolah-olah mereka bersedia untuk tersingkir.”
“Nampak sangat Raphinha seorang sahaja yang berminat mahu Leeds United kekal dalam saingan Premier League.”
“Muka Alonso sudah cukup untuk menjelaskan tentang bagaimana satu dunia sedang ketawakan Leeds United pada ketika ini, mereka ketinggalan tapi berlagak seolah-olah sedang mendahului.”
“Tuhan ku, penyokong itu lebih memilih untuk dapat saguhati (bola) berbanding mahu Leeds United bawa pulang tiga mata.”
“Apa yang ada dalam fikiran dia? Kenapa dia berkeras tak mahu bagi bola tu semula? Dia penyokong yang bermasalah.”
Dalam perlawanan ini juga telah berlaku insiden yang mana Dan James dilayangkan kad merah selepas beliau melakukan terjahan ngeri ke atas Kovacic.
"We'll have to scan them in the morning." #lufc https://t.co/FN8gOUOPOy
— Leeds United News (@LeedsUnitedYEP) May 12, 2022
Peluang untuk Leeds melakukan comeback jelas sekali sangat sukar namun adalah sangat penting untuk setiap pemain berada di landasan yang sama dalam usaha mereka mahu mengelak berada di zon penyingkiran.
Leeds musim ini gagal mengulangi prestasi cemerlang mereka musim lalu. Kecederaan dan juga faktor prestasi pemain yang agak di bawah par membuatkan Leeds bergelut untuk terus kekal dalam EPL.
2 perlawanan terakhir ini akan menjadi penentu antara hidup dan mati Leeds dalam saingan EPL musim hadapan.
Sebelum ini mereka pernah tersingkir dari EPL dan mengambil masa yang sangat lama untuk kembali semula. Mereka memerlukan magis Marcelo Bielsa untuk melakukannya semula.
Bielsa dipecat musim ini kerana prestasi kurang memuaskan Leeds. Namun ramai juga penyokong Leeds tetap merasakan kelab terlalu drastik membuang Bielsa yang berdepan banyak masalah dalam pasukan terutama sekali kecergasan.