[VIDEO] Amri Sekali Lagi Scam Orang Membuatkan Gol Dibatalkan Ofsaid

Sebelum ini Amri Yahyah menjadi perhatian ramai. Ini selepas beliau berjaya memperdaya Rahmat Makasuf dalam aksi Terengganu menentang Sabah.

Di mana dia memerangkap Rahmat Makasuf menjadi ofsaid. Bermula dengan berlari ke tiang gol dan seolah olah menjaga kawasan itu. Ketika bola hampir disepak, Amri meluru masuk ke garisan benteng untuk memerangkap Rahmat ofsaid.

Oleh kerana Rahmat Makasuf ada melakukan tindakan yang mengganggu penjaga gol, maka dia dengan tepatnya dibenderakan ofsaid walaupun dia tak menyentuh bola.

Perlawanan berakhir dengan 0-0 dan aksi Amri itu sebenarnya secara tak langsung memberikan 1 mata buat Sabah.

Amri ternyata dipuji kerana kebijaksanaannya dengan pengalaman yang penuh di dada.

Sebentar tadi dalam aksi berdepan Kuala Lumpur, Amri Yahyah sekali lagi scam pemain lawan dengan taktik yang sama.

Di mana dia kelihatan lincah bergerak dan kemudian turun di sebelah penjaga gol. Sebelum itu Amri sudah memberikan isyarat bahawa dia mahu melakukan sesuatu helah. Dipercayai dia cakap dia nak buat helah macam hari tu.

Amri ke bawah. Lalu pemain pemain KL mulai naik ke atas sedikit kerana garisan ofsaid kini ditarik Amri jauh ke bawah. Ketika sepakan dilepaskan, Amri cepat cepat naik ke atas sebelum kaki Paulo Josue kontak dengan bola.

Pemain Kuala Lumpur meraikan gol tersebut. Namun hampa kerana Amri sekali lagi berjaya memperdaya mereka beramai ramai. Agak rare untuk menyaksikan pemain melakukan perangkap ofsaid dengan cara yang sama di tempat yang berbeza – dalam dua perlawanan berturut turut.

Penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid kerana ada pemain KL yang berada di kedudukan ofsaid dengan aktif mengganggu penglihatan penjaga gol.

Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 1-1. Dan ya, aksi Amri itu secara tak langsung menyelamatkan 1 mata lagi buat Sabah.

Amri Yahyah terus bermain di liga tertinggi negara kita pada usianya yang sudah 40 tahun. Beliau masih menjadi pemain penting dalam pasukannya.

Amri Yahyah sebelum ini sinonim dengan pasukan Selangor. Dan pernah beraksi bersama dengan JDT.

Kini beliau berbakti untuk Sabah. Dan beliau terus memainkan peranan pentingnya bersama skuad Sabah.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.