Amri Yahyah menjadi topik hangat di kalangan peminat bola sepak Malaysia ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022.
Dia terlibat dalam detik panas dengan Feroz Baharuddin, legenda tersebut juga terlibat dalam insiden mensabotaj penalti Bergson.
Di mana Amri berpusing pusing di kawasan titik penalti untuk merosakkan permukaan tersebut bagi menyukarkan Bergson.
Malangnya, tindakan Amri itu dihidu pengadil dan dia mendapat kad kuning.
Yang peliknya, Amri Yahyah mempersoalkan tindakan pengadil yang melayangkan kad kuning kepadanya kerana kelakuan tiada semangat kesukanan.
Memang ramai pemain yang pernah melakukan sabotaj penalti seperti itu. Namun mereka tidak kantoi. Kalau kantoi, mereka sendiri akan tahu akibatnya.
Misalnya Virgil Van Dijk pernah melakukannya ketika menganggu titik penalti Jared Bowen. Dia tidak melakukannya secara terang terangan seperti Amri kerana tahu perbuatan itu akan menerima padah.
Satu insiden paling popular adalah melibatkan Marwin Hitz yang pernah melakukan sabotaj ke atas lawannya, namun dia tidak dikesan pengadil atau pemain lawan.
Dia berpusing pusing di atas titik penalti untuk memastikan permukaan tanah di situ tidak rata.
Dia akhirnya berjaya menyelamatkan penalti lawannya dan pasukannya menang 1-0.
Ketika ditemuramah wartawan tentang tindakannya, dia agak menyesal kerana memikirkan bahawa dia baru sahaja melakukan tindakan tidak ada semangat kesukanan.
“Itu tidak ok sama sekali, ianya bukan tindakan yang betul. Saya menyesal,” kata beliau selepas itu.
Amri melakukan perkara yang sama dalam usahanya untuk melakukan apa sahaja demi pasukannya.
Penganalisis bola sepak Malaysia menjelaskan bahawa, penalti itu mungkin tidak patut diberikan memandangkan Bergson seperti dalam kedudukan ofsaid. Namun pengadil sudah memutuskan bahawa ianya penalti.
Amri, Amri 😂
But Bergson looked offside to me before Rawilson made the tackle. It's an emotionally charged game, and the referee has to be better. pic.twitter.com/jC3FrNGYjl
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 15, 2022
Di satu sudut lain, Amri berjaya memberikan tekanan kepada Bergson yang kemudian gagal menyempurnakan penalti tersebut.
Ramai peminat JDT agak kecewa dengan tindakan Amri memandangkan mereka selama ini memandang tinggi pemain tersebut.
JDT menang dengan gol 1-0 dari tempat lawan hasil jaringan tunggal Arif Aiman.
📸 AKSI PERLAWANAN – PM SF1
SABAH FC 0-1 JOHOR DARUL TA’ZIM#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/BiJdl8qcBY
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 15, 2022