[VIDEO] Anak Bujang Etoo Skor 2 Gol Termasuk Free Kick Ala Cristiano Ronaldo Ini

Tidak ada lagi pemain lain yang menjaringkan lebih banyak gol untuk Cameroon berbanding bekas superstar Barcelona dan Inter Milan, Samuel Eto’o.

Penyerang berbisa itu menjaringkan 56 kali dalam 118 penampilan untuk Indomitable Lions. Dan kini legasi Etoo kelihatan sudah sedia untuk disambung oleh anak bujangnya, Etienne Etoo.

Etienne Eto’o Pineda, anak lelaki Samuel Eto’o, menjaringkan dua gol pada aksi pertamanya b sebagai pemain kesebelasan utama untuk Cameroon B-20.

Beliau membantu pasukan B-20 Cameroon menang 4-1 ke atas Mozambique di Piala Afrika B-20 pada Sabtu lalu di Mauritania .

Cameroon meraih tempat pertama dalam Kumpulan A dengan tiga kemenangan berturut-turut untuk merebut tempat di suku akhir.

Samuel Eto’o menjaringkan 130 gol untuk Barcelona, ​​dengan cemerlang berada dalam kedudukan kelapan dalam senarai sepanjang zaman untuk kelab tersebut.

Anak lelaki Samuel Eto’o, Etienne, 18, kini bermain untuk Real Oviedo U-19 di divisyen dua Sepanyol, dan dia menunjukkan aksi cemerlangnya.

Etienne Eto’o membuka tirai jaringan dengan sepakan percuma yang menakjubkan pada minit ketujuh. Perhatikan bagaimana dia berdiri sebelum merembat bola – persis aksi Cristiano Ronaldo.

Etienne melakukan satu strike yang sangat baik ke atas bola dan terus masuk menuju ke near post. Etienne Etoo kelihatan sangat terharu meraikan gol tersebut.

 

Eto’o berjaya menjadikannya 2-0 dengan sepakan penalti sebelum wisel separuh masa.

Setelah menunggu lama pemain yang cedera, Eto’o dengan licik menghantar penjaga gol Mozambik terbang sebelum menjaringkan gol di bahagian tengah.

Beberapa minit aksi babak kedua, anak legenda itu menjadi pencipta gol untuk rakannya setelah melakukan aksi gelecekan licik. Etoo melorongkan bola cantik kepada Kevin Prince Milla.

Milla, ya, sudah tentu sahaja ia adalah satu lagi nama legenda untuk Indomitable Lions.

Roger Milla adalah penjaring kedua terbanyak untuk Cameroon sepanjang zaman dengan 77 gol. Namun, tak dapat dipastikan sama ada dia ada hubungan antara Roger Milla.

Gianluca Antonio Remo Lorenzoni menjaringkan gol saguhati pada minit ke-85 untuk Mozambique.

Tetapi Abdoulaye Yahaya memastikan pasukannya kembali berkelebihan 3 gol pada minit ke-87.

Nampaknya Samuel Etoo sudah boleh tersenyum riang kerana ada pewaris legasinya. Cuma perjalanan Etienne masih jauh. Perlukan banyak pengorbanan untuk setaraf dengan ayahnya.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari