[VIDEO] Anak Drogba Skor Gol Kemenangan Licik Dan Meraikan Persis Ayahnya

Anak legenda Chelsea dan Ivory Coast Didier Drogba iaitu Isaac Drogba menjaringkan gol profesional pertamanya semalam untuk pasukan Serie D dari Itali, Caratese.

Pemain berusia 20 tahun itu menjadi penjaring gol tunggal perlawanan dengan ketenangannya.

Kredit juga kepada usaha berpasukan dalam membentuk sepakan percuma licik tersebut. Di mana ianya melibatkan beberapa hantaran jitu.

Gol yang cantik pasti membuat ayahnya bangga. Isaac mengambil beberapa detik untuk memastikan gol itu sah. Dan yang lebih bangga, Isaac kemudian dia meraikan gol dengan cara ayahnya dahulu.

Gol itu juga menandakan permulaan yang baik untuk karier seorang lagi pewaris Drogba dengan pasukan Itali.

Isaac hanya menyertai kelab pada bulan Februari, dan ini merupakan penampilan liga ketiganya sejak menandatangani kontrak dengan mereka.

Penyerang itu memulakan kariernya dalam sistem akademi di Chelsea, sebelum pindah ke pasukan Perancis EA Guingamp pada musim panas 2019.

Guingamp telah melepaskan Isaac musim panas lalu, dan beliau meneruskan kariernya di Itali.

Saksikan gol dan keraian Isaac – terutama sekali kalau anda peminat Chelsea yang merindui Drog – di sini:

Mungkin tugas berat menanti Isaac untuk menjadi seperti ayahnya yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dalam generasinya.

Tetapi ianya bukan mustahil, bukan?

Baca yang lain