Liverpool menang 3-0 sahaja ke atas Bournemouth dalam aksi yang dominan.
3 gol Liverpool adalah menerusi Alex Oxlade Chamberlain, Naby Keita dan Mohamed Salah.
Chamberlain memang bagus musim ni dari segi keprolifikan.
Salah pula akhirnya mendapat away gol pertama beliau di EPL musim ni.
Pasukan lawan kena teruk semalam dari segi taktikal. 0 shot on target daripada Bournemouth. Memang tembak angin je la.
Kemenangan yang meletakkan Liverpool kekal 11 mata di atas Leicester dan 14 mata di atas Manchester City.
Manchester City tewas di tangan Manchester United selepas aksi Liverpool berhadapan dengan Bournemouth.
Satu gol yang menarik semalam adalah gol Naby Keita. Di mana beliau telah mendapat assist yang cantik dan licik daripada Mo Salah.
Ini merupakan jaringan liga pertama untuk Keita musim ini. Ini turut menjadikan Naby Keita sebagai pemain ke-16 daripada 18 pemain ‘outfield’ (bukan penjaga gol) yang menjaringkan gol untuk Liverpool.
16 – Of the 18 outfield players to feature for Liverpool in the Premier League this season, Naby Keita is the 16th to score; only in 2015-16 have they had more different scorers in a single Premier League campaign (17). Plethora. pic.twitter.com/X81GWpKq51
— OptaJoe (@OptaJoe) December 7, 2019
Korang saksikan di sini, bagaimana permainan kombinasi di antara Naby Keita dengan Mohamed Salah berlaku sehingga berubah menjadi gol.
Ianya memerlukan persefahaman yang tinggi. Naby Keita juga melakukan larian progresif yang sangat baik, masuk ke dalam kotak penalti. Salah menggunakan nalurinya untuk ‘mencari dan menemui’ Naby Keita di ruang itu.
THAT Salah assist, THAT Naby finish. Simply wonderful 😍😍 pic.twitter.com/zuuvY5WfRv
— Liverpool FC (@LFC) December 7, 2019
Analisis ringkas
Sebagai tanda aku sedang rajin pagi ni, aku buat analisis ringkas kepada korang.
Ianya bermula dengan Keita yang melakukan killer pass kepada Mo Salah.
Namun korang kena perhatikan juga impak larian Firmino yang berjaya menarik sekali seorang pemain pertahanan Bournemouth bersamanya.
Naby Keita ni progresif, dia tak berhenti dekat zon luar tu. Dia terus berlari ke dalam. Mo Salah pula dalam mood sangat permurah semalam.
Ini impak daripada aktiviti di Firmino di tepi tu. Dia secara tak langsung menarik sekali offside line bersamanya.
Naby Keita semalam memang bermain sangat baik sama ada ketika menyerang ataupun dalam fasa untuk bertahan.
Naby Keita vs Bournemouth
95% passing
89/94 passes
3 chances created
1 assist
3 shots
1 goal
3/4 tackles – most in gameFantastic performance from 8️⃣ pic.twitter.com/8PdgFVkBKS
— LFC Stats (@LFCData) December 7, 2019
Korang yang nak repeat balik tengok gol-gol yang dihasilkan semalam, layanlah kat bawah ni. Ada highlight ni.
Rumusan
Rumusannya, gol tu terhasil kerana isu taktikal dan teknikal yang digabungkan secara berkesan.
Taktikal seperti larian, hantaran penting dan juga menarik lawan ke satu zon tertentu.
Seterunya, teknikal pastinya daripada skil padu Mo Salah melakukan backheel tu dan juga kemampuan Naby Keita melakukan gol dengan teknik sepakan beliau.
Bukan itu sahaja, larian off ball Firmino dan Naby Keita itu pun sangat penting. Sama pentingnya dengan anda membaca artikel ini sambil membuka dan mengklik segala iklan yang ada demi membantu penulis meneruskan aktiviti dalam website ini.
Lepas ni Liverpool akan fokus kepada UCL pula.