VIDEO: Analisis Rangnick ‘Godfather Gegenpressing’ Yang Membuatkan Austria Buas

Austria benar benar mengejutkan ramai pihak dalam Euro kali ini. Mereka layak ke kalah mati sebagai juara kumpulan D yang turut dihuni oleh Perancis dan Belanda.

Ralf Rangnick adalah individu penting yang menjadikan pasukan ini sebagai ‘pasukan tak henti pressing’ ketika di atas padang.

Jurgen Klopp menggelarkan Ralf Rangnick sebagai godfather of gegenpressing. Kerana jasanya dalam membangunkan gaya permainan itu di Jerman.

Godfather of gegenpressing ini berjaya mengubah corak permainan Austria menjadi sangat agresif dan berani.

Kejayaan mereka menewaskan Belanda 3-2 semalam membuatkan mereka menjadi juara kumpulan. Walaupun tak ramai yang meletakkan harapan untuk mereka sebelum ini.

Bintang utama Austria, Marcel Sabitzer menjelaskan kepentingan Ragnnick dalam mengubah gaya bola sepak dan pemikiran pemain di dalam pasukan kebangsaan Austria.

Dia rapat dengan para pemain. Malah membantu menyediakan analisis pemain ketika mereka di kelab sekalipun dan memberitahu pemain tentang hasil analisis dan apa yang harus mereka perbaiki.

Sejak tiba di Austria, Rangnick menjadikan pasukan itu sebagai pasukan yang sesuai dengan kehendaknya. Dia diberikan kerpercayaan untuk melakukan apa yang dia mahu ketika di sana.

Inilah alasan kenapa dia menolak Bayern Munich sebelum ini. Kerana dia sangat selesa bekerja di Austria.

Ikuti penjelasan dalam bentuk video ini, dan jangan lupa follow channel Tiktok Axello Tacts tersebut untuk lebih kupasan bola sepak:

@axello_tacts

Austria lepasi kumpulan yang dianggap kumpulan maut kumpulan D sebagai juara kumpulan. Ini analisis ringkas

♬ original sound – Axello Tacts – Axello Tacts