Alan Shearer telah mengemukakan satu analisis tentang pressing yang sangat menarik tentang Man United ketika berdepan dengan Leicester. Di mana skuad Ole Gunnar Solskjaer tewas 4-2 dalam perlawanan tersebut.
Ole Gunnar Solskjaer sudah membeli pemain yang dia mahukan dalam jendela perpindahan yang lalu termasuk Raphael Varane, Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo dengan keseluruhan perbelanjaan adalah GBP120 juta.
Jadi tekanan pastinya tinggi. Tidak ada pengurus di dunia akan membawa masuk Cristiano Ronaldo jika bukan untuk mencabar kejuaraan Liga ataupun UCL bukan?
Man United hanya mengutip 1 mata daripada 3 perlawanan liga terakhir mereka. Leicester sangat cemerlang dalam kemenangan pada Sabtu tersebut untuk menamatkan rekod tanpa kalah United dalam 30 perlawanan di tempat lawan.
Satu aspek permainan yang jelas sekali menjadi kekurangan Man United ialah pressing. Alan Shearer menggariskan perkara tersebut. Di mana kelonggaran United ketika pressing telah membolehkan Leicester dengan mudah menghantar bola sesama mereka dan menyerang dengan bahaya.
Ketika diserang atau diserang balas, Man United sangat tidak kompak. Ruang besar ini dimanipulasi oleh Leicester dengan sebaiknya.
Ini adalah penjelasan Alan Shearer:
“Kita tengok apa yang Man United lakukan di sini, mereka sangat perlahan. Tidak tahu macamana cara nak press tinggi.”
“Hanya dengan satu hantaran oleh Leicester sudah cukup membelah pertahanan Man United.”
“Itu berlaku lagi di sini, korang tengok Bruno teragak agak, nak pergi ke tak [untuk pressing], tak tahu di mana dia harus berada.”
“Leicester pasukan yang bagus, mereka sangat bagus hari ini. Tetapi! Man United telah memudahkan lagi mereka.”
“Man United tidak begitu tahu apa yang mereka harus lakukan dalam keadaan tanpa bola.”
“Korang tengok pula 4 penyerang serangkai mereka di sini, ianya terlalu mudah. Hanya dengan satu hantaran mudah terus mengatasi mereka dan bola sampai ke Tielemans.”
Selain itu Shearer turut menyatakan bahawa, Man United masih bermasalah dengan posisi Defensive Midfielder / DM yang bertindak untuk menjadi pelindung utama Back 4.
Di mana, Man United langsung tidak melabur untuk mendapatkan pemain baru di posisi tersebut.
“Satu lagi hantaran terus ke tengah sekali lagi, tiada perlindungan. Itu adalah masalah Man United musim lalu [di bahagian defensive midfielder], malangnya mereka tidak melabur untuk posisi itu.”
“Perkara yang sama berlaku lagi di sini, tengoklah, betapa mudahnya. Tiada pemain yang cuba merapati pemain Leicester.”
“Kamu boleh berlari dengan bola, boleh menyentuh bola, boleh terus mara ke depan sampai ke back 4 United.”
“Perkara yang sama sekali lagi, mereka kehilangan bola. Tiada pemain yang benar benar mahu mengambil inisiatif mencetuskan pressing dan mengawal garisan hadapan.”
“Kamu tak boleh melakukan perkara seperti itu di Premier League.”
Dalam analisis Michael Cox sebelum perlawanan Leicester vs Man United, pula beliau menekankan bahawa penyerang utama Man United iaitu Cristiano Ronaldo adalah pemain yang paling rendah melakukan pressing ke atas pertahanan lawan.
Jadi, organisasi serangan United jelas sekali ada masalah dengan high pressing.
Korang boleh saksikan analisis Alan Shearer di sini:
This is the punditry I want to watch not @GNev2 and Paul Scholes 's biased support of Ole.
Must watch pic.twitter.com/0xZjNI4i4D— Viswanath (@Viswanath_S16) October 18, 2021