[VIDEO] Ancelotti Sekolah Rodrygo Yang Kecewa Dikeluarkan

Rodrygo nampaknya telah membuatkan Carlo Ancelotti marah dengan kelakuannya ketika dia dikeluarkan.

Di mana pemain muda Brazil itu tidak berjabat tangan dengan Don Carlo.

Insiden itu berlaku dalam aksi Copa Del Rey antara Real Madrid dan Villarreal.

Di mana Real Madrid melakukan kebangkitan luar biasa untuk mara ke pusingan seterusnya.

Etienne Capoue dan Chukwueze meletakkan Villarreal dua gol di hadapan pada separuh masa pertama.

Namun Real Madrid bangkit dengan 3 gol pada separuh masa kedua dalam aksi yang berlangsung di El Madrigal.

Vinicius membuka jaringan untuk Real Madrid. Kemudian Eder Militao menyamakan kedudukan. Pada minit ke-86, Dani Ceballos menjaringkan gol kemenangan pasukannnya.

Real Madrid memang 3-2 dan mara ke suku akhirt Copa del Rey. Namun aksi mereka dibayangi detik Ancelotti menyekolahkan Rodrygo di tepi padang.

Rodrygo dikeluarkan pada awal separuh masa kedua oleh Marcos Asensio. Pemain antarabangsa Brazil itu jelas sekali tak gembira dengan keputusan itu.

Pengurus Real Madrid bercakap tentang insiden itu selepas tamat perlawanan. Dan menyatakan dia tak suka pemainnya tidak berjabat tangan dengannya ketika mereka dikeluarkan.

Dan hari itu berlaku insiden melibatkan Rodrygo.

Bagi Ancelotti sangat penting menjaga adab seorang pemain kepada jurulatih dan rakan sepasukan lain.

Ancelotti dirakam kamera sedang menyatakan sesuatu kepada Rodrygo. Dia kecewa Rodrygo hanya lalu di hadapannya. Ancelotti pergi ke arah pemain itu dan menyekolahkannya.

Ancelotti bagaimanapun dengan berseloroh menyatakan bahawa dia datang untuk mengingatkan pemain itu agar tidak lupa berjabat tangan dengannya ketika mereka keluar dari stadium nanti. 1111

“Apa yang berlaku kepada Rodrygo? Saya cuma kata kat dia bahawa dia tidak seharusnya lupa untuk berjabat tangan dengan saya ketika keluar dari stadium itu sahaja. Tiada apa berlaku.”

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil