Penjaga gol Feyenoord, Justin Bijlow menghasilkan satu momen “s***housery” yang juga dianggap tindakan bijak dari sudut taktikal untuk menafikan gol lawan dalam perlawanan menentang FC Twente.
Pendahulu Liga Belanda itu menang dengan keputusan 1-0 menerusi gol pada minit ke-30.
7 minit kemudian berlaku momen di mana penjaga gol Feyenoord keluar daripada kawasannya untuk memenangi bola.
Dan bola itu ditolak keluar padang. Dalam keadaan lawan cuba melakukan lontaran ke dalam dengan segera, Bijlow dengan berfikiran pantas dan genius telah mengambil bola di hadapannya dan membalingnya ke dalam padang.
Membuatkan pemain Twente, Virgil Misidjan berang dan membaling bola ke arahnya.
Bijlow sedar, dia sudah terlalu jauh daripada gawangnya dan lawan berpeluang besar untuk menjaringkan gol.
Bagaimanapun, pemikiran pantas Bijlow segera menghentikannya.
Peraturan permainan menyebut bahawa permainan tidak boleh diteruskan jika ada lebih daripada sebiji bola di atas padang.
Situasi itu yang dimanfaatkan oleh penjaga gol Feyenoord.
Dia mendapat kad kuning daripada tindakannya itu. Kerana ianya dikira satu kesalahan tactical foul.
Saksikan momen itu di sini:
Isso aqui é papo de GÊNIO pic.twitter.com/OSIpuuqTMC
— @soltaram (@paisoltaram) January 29, 2023
Peminat bola sepak mengakui ianya perbuatan yang agak kejam namun dalam pada masa yang sama menunjukkan bahawa fungsi otak penjaga gol itu beroperasi sangat pantas.
Kemenangan dalam perlawanan ini meletakkan Feyenoord 2 mata di atas AZ Alkmaar dalam persaingan Eredivisie Belanda.