Pernahkah anda terfikir, apa akan berlaku apabila filem seperti Shaolin Soccer disinetronkan?
Sinetron Indonesia signifikan dengan teknik zoom in zoom out dan slow mo yang dramatik dan mengambil masa yang lama untuk babak seterusnya.
Ini antara contoh paling legend:
Menjawab persoalan pada ayat pertama artikel ini, jawapannya, anggap sahaja hasrat korang sudah terlaksana.
Walaupun ia bukanlah filem Shaolin Soccer yang disunting dalam bentuk Sinetron. Namun ianya masih mengekalkan unsur ala ilmu dan kuasa hebat di atas padang.
Satu babak pendek sinetron tentang bola sepak. Ia telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang lain.
Video pendek itu adalah potongan klip dari sebuah sintron yang memaparkan satu aksi perlawanan bola sepak melibatkan dua pasukan pelajar sekolah.
Dan aksinya sarat dengan sinematografi sinetron ala Bawang Putih Bawang Merah. Namun perlawanan di atas padang pula melibatkan gaya pertarungan ala Shaolin Soccer yang ada jurus tersendiri.
Maka berapi-apilah pertarungan di atas padang itu dengan aksi dan gaya penceritaan yang penuh mendebarkan.
Sinetron tersebut adalah berjudul Tendangan Garuda.
Nah korang layan di sini:
Ini pula satu lagi detik yang menarik:
Padu bukan, mesti korang nak repeat balik aksi tu. Maklumlah, bola sepak kan tengah cuti. Boleh la buat stok.
Mesti korang pelik, kenapa mereka tidak bertindak pantas untuk mencuri bola daripada pemain yang sedang membuka langkah pencaknya di dalam padang.
Tu tak kira lagi yang tak melakukan rebound ketika bola diselamatkan penjaga gol. Mereka hanya mampu mengeluh hampa, bola tak masuk.
Namun itulah kehebatan sinetron Indonesia yang menekankan unsur dramatik.
Sinetron tendangan Garuda
Tendangan Garuda merupakan sebuah sinetron yang ditayangkan pada tanggal 23 April 2018 dan di MNCTV. Tendangan Garuda telah tamat dengan 100 episod.
Ianya mengisahkan Iqbal yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak terkenal, seperti idolanya Cristiano Ronaldo.
Cita-cita ini disokong penuh oleh neneknya yang memang minat dengan bola sepak.
Namun datuk Iqbal tak suka dengan bola sepak dan tidak merestui Iqbal. Ini kerana ayahnya dulu meninggalkan mereka kerana bola sepak.
Iqbal akhirnya menyertai sebuah pasukan yang serba mewah dan ada kejurulatihan yang bagus.
Namun dia terpaksa meninggalkan pasukan itu kerana tidak sehaluan dengan Rio.
Iqbal seringkali disabotaj. Dan akhirnya Iqbal bertemu dengan Titus, lalu mengajak Titus bermain dalam satu pasukan.
Mereka akhirnya membentuk pasukan selepas mencari beberapa bakat lain.
https://youtu.be/VQQUUARkk9Q
Namun mereka masih gagal mengalahkan pasikan Rio yang sangat kuat. Akhirnya mereka mencari jurulatih .
Iqbal tanpa sengaja berjumpa dengan Wak Jum, seorang yang dianggap tak betul/merenga dan menakutkan. Namun ternyata Wak Jum memiliki kemampuan bola sepak yang sangat hebat.
Iqbal memujuk Wak Jum menjadi jurulatih mereka dan meyakinkan kawan-kawannya yang lain bahawa Wak Jum adalah jurulatih yang tepat.
Namun Iqbal perlu berusaha meyakinkan Wak Jum untuk melatih mereka.
Setelah berbagai usaha sehinggalah Iqbal membantu Wak Jum menghapuskan fitnah kononnya Wak Jum mencopet.
Kebaikan Iqbal membuatkan Wak Jum bersetuju untuk melatih mereka. Namun latihan Wak Jum amat pelik seperti mengarahkan pemain memanjat pohon dan sebagainya.
Setiap hari, mereka diberikan latihan yang aneh. Iqbal mulai putus asa dan mahu mengundurkan diri.
Sehinggalah dia sedar latihan oleh Wak Jum mulai membuahkan hasil. Mereka mulai bermain dengan kuasa yang hebat. Iqbal mulai memiliki jurus sayap Garuda.
Lalu mereka bersedia beraksi dalam Domba cup! Dan banyak aksi menarik. Plot twist pun bersepah.
Shaolin soccer naskah legenda
Shaolin Soccer pula merupakan antara filem yang pernah menggemparkan dunia karena menggabungkan unsur bola sepak dengan kungfu. Flem ini diarahkan oleh Stephen Chow yang turut menjadi pelakon utama.
Filem ini mengisahkan tentang enam orang beradik yang memiliki kekuatan luar biasa dan juga ahli kungfu yang membentuk sebuah pasukan bola sepak bernama pasukan Shaolin.
Pasukan Shaolin ini menyertai pertandingan bola sepak di China sehinggalah berjaya mara ke final China Super Cup.
Ketika membentuk pasukan mereka berhadapan dengan banyak cabaran temasuk cuba mengajar pemain-pemain dalam Team Shaolin cara bermain bola sepak.
Ini termasuk ball mastery dan juga taktikal asas bola sepak.
Mereka berjaya beraksi cemerlang dalam pertandingan tersebut dan mara sehingga ke final.
Dalam aksi final, mereka terpaksa berhadapan dengan pasukan hebat Team Evil. Pasukan yang turut menyuntik elemen kung fu sama seperti mereka, namun bermain dengan taktik kotor.
Sehinggakan banyak sekali kecederaan parah berlaku.
Filem ini sangat hits dan mendapat banyak anugerah sama ada di Hong Kong dan juga di seluruh dunia.