[VIDEO] Arab Saudi Bentangkan Projek ‘Linear City’, Pencakar Langit Untuk Didiami 9 Juta Orang

Arab Saudi sudah mengeluarkan satu bahan digital promosi yang luar biasa. Memaparkan cadangan projek yang mahu mereka bina di atas padang pasir.

Di mana projek itu dipanggil Linear City. Ianya adalah projek penempatan sehingga 9 juta orang manusia di dalam satun kawasan bangunan pencakar langit berdindingkan kaca sepanjang 170 kilometer dalam tapak berkeluasan 34km persegi.

Sebaik sahaja video itu dikeluarkan, tidak ramai pakar atau ahli ekonomi yang optimis projek mega seperti ibarat Sim City itu mampu dibuat. Arab Saudi pula menyatakan bahawa mereka masih kekal optimis, sedia mencipta bandar utopia yang tidak pernah difikirkan manusia sebelum ini.

Projek itu sebenarnya pertama kali dibentangkan pada 2017 digelar projek bandar NEOM, sebaik sahaja Putera Mahkota Mohammed bin Salman, menggariskan bahawa dia mahu membina projek penempatan yang luar biasa. Di mana ianya akan membantu menaikkan lagi kualiti hidup manusia yang selama ini hidup dalam bandar yang penuh dengan pencemaran dan masalah perbandaran lain.

Antara teknologi yang disebut ketika pembentangan masa itu adalah teksi terbang, robot pembantu, sistem pengudaraan semulajadi yang canggih untuk mengurangkan suhu panas dan pelbagai lagi.

Menurut Saudi, AI adalah perkara yang menjadi teras kepada projek ini. Di mana manusia akan tinggal di bangunan setinggi 500 meter dengan keluasan 200 meter. Tidak ada kereta, ianya akan menjadi bandar bebas karbon. Sekaligus menyahut seruan pemerintah Saudi yang mahukan 0 pelepasan karbon menjelang 2060.

Pembentangan multimedia menunjukkan bagaimana penduduk di bandar NEOM akan mendapat akses kemudahan dan keperluan mereka dengan mudah. Ini termasuk pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa kurang 20 minit – itu adalah untuk jarak terpanjang dalam bandar tersebut.

Segala kemudahan seperti penghantaran makanan, akan dilakukan oleh robot.

Neom akan ditadbir menggunakan undang undang Arab Saudi. Jadi buat masa ini, Saudi masih belum berganjak dengan keputusan mereka mahu mengharamkan alkohol di kawasan tersebut.
Visi Putra Mohammed adalah untuk mewujudkan tempat tinggal yang moden dan efisyen.

Seorang pegawai de facto kerajaan itu pada hari Isnin mendakwa Line sebagai “bandar paling sesuai untuk didiami setakat ini”. Beliau berkata model yang dibayangkannya adalah pengganti kepada pembangunan bandar yang tidak terkawal dan pencemaran yang telah mengurangkan taraf hidup penduduk bandar.

“Fasa pertama” projek itu, yang berlangsung sehingga 2030, akan menelan kos 1.2tn riyal Saudi (kira-kira £265bn atau RM1.14 trillion), kata Putera Mohammed.

Selain daripada subsidi kerajaan, sumber pembiayaan yang berpotensi termasuk dari sektor swasta. Permulaan untuk projek Neom dijangka pada 2024, katanya lagi.

Secara peribadi, dia telah memberitahu dia dan pasukannya mahu Arab Saudi mempunyai versi ‘piramid’ mereka sendiri kerana mahu negara itu terkenal di peringkat global seperti negara serantau lain. Piramid ni merujuk kepada mercu tanda yang dimiliki Mesir. Bukan dia nak bina piramid kat situ.

Bagaimanapun, kemewahan projek itu dan pelbagai manifestasinya sejak lima tahun lalu telah menyebabkan beberapa penganalisis tertanya-tanya sama ada Arab Saudi akan benar benar mampu melakukannya.

“Dengan akses yang sedikit ke tapak tersebut, dan hanya tinggal lapan tahun lagi sebelum penduduk yang ditakrifkan untuk berpindah bagi fasa pertama, ia adalah satu amanah yang berat di bahu saya,” kata seorang perunding yang bekerja rapat dengan kerajaan Saudi.

“Dan kemudian terdapat inersia dalam sistem binaan. Sukar untuk memastikannya benar benar berfungsi dengan cemerlang.”

Robert Mogielnicki dari Institut Negara Teluk Arab di Washington memberitahu Agence France-Presse: “Konsep ini telah berubah begitu banyak dari konsep awalnya sehingga kadangkala sukar untuk menentukan hala tujunya: kadangkala mereka mengecilkan saiz, kadangkala meningkatkannya pula atau membuat pusingan yang agresif ke sisi.”

Putera Mohammed mengharapkan akan berlaku ledakan populasi di seluruh negara yang menurutnya perlu untuk menjadikan Arab Saudi yang merupakan pengeksport minyak mentah terbesar dunia mampu sebuah kuasa ekonomi.

“Itulah tujuan utama kami membina Neom,” katanya.

“Untuk meningkatkan kapasiti Arab Saudi, melahirkan lebih ramai rakyat dan lebih ramai orang tinggal di Arab Saudi. Dan kerana kita melakukannya daripadq tiada, mengapa kita harus meniru bandar biasa?”

Jalur pembangunan itu adalah untuk membentuk nadi Neom megacity di Laut Merah, yang dikatakan oleh Putera Mohammed akan menjadi rumah kepada 1.2 juta orang menjelang 2030, pada fasa pertama.

Beliau menyatakan bahawa, Arab Saudi sedang menghadapi ledakan populasi dan peratusan besar golongan muda yang mencari pekerjaan, beliau berkata Neom boleh menjana sehingga 380,000 peluang pekerjaan.

Kerajaan Arab Saudi menjangkakan negara mereka mempunyai populasi sebanyak 50 juta menjelang 2030, lebih separuh daripada mereka warga asing. Penduduk Arab Saudi sekarang hanya di bawah 35 juta orang sahaja.

Baca yang lain