[VIDEO] Arteta Angkut Speaker Ke Padang Latihan, Pasang Lagu YNWA Sebelum Lawan Liverpool

Dokumentari tentang Arsenal musim 2021/22 akan ditayangkan di Amazon Prime minggu ini. Dan sudah ramai yang tak sabar untuk menyaksikanya.

Dokumentari yang bertajuk: ‘All Or Nothing: Arsenal’, merupakan dokumentari itu memfokuskan kepada perkara di belakang tabir di kelab tersebut sepanjang kempen mereka musim lalu.

Di mana Arteta berjuang bersama sama dengan pemain pemain mudanya. Mereka menikmati kempen yang agak turun naik. Namun ada satu ketika prestasi mereka sangat luar biasa. Malang sekali dalam beberpa perlawanan minggu minggu terakhir mereka keciciran mata dan terlepas slot ke UCL.

Menjelang tayangannya pada 4 Ogos, satu klip video yang luar biasa telah muncul mengenai Mikel Arteta yang meminta pemain Arsenal berlatih dengan berlatar belakangkan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ menjelang lawatan mereka menentang Liverpool di Anfield.

Arteta berpendapat ia adalah idea yang baik untuk memainkan lagu Liverpool sebelum perlawanan untuk membantu pemainnya membuat persiapan untuk pertemuan itu. Dia mahu menyiapkan pemain dengan mentaliti sejak dari awal masuk ke Anfield dengan atmosfera lagu YNWA berkumandang.

Dia membawa masuk beberapa pembesar suara ke tempat latihan Arsenal.

“Salah satu idea gila saya… Hari ini mereka akan berlatih dengan ‘You’ll Never Walk Alone’ bermain dengan latar belakang tersebut,” katanya kepada salah seorang jurulatihnya.

Bercakap mengenai suasana di Anfield, Arteta berkata: “Terdapat perkataan yang kami gunakan di Sepanyol dalam berbasikal, apabila seorang penunggang basikal mulai mengayuh dan kelihatan hebat dan, dalam satu kilometer macamtu, dia akan jadi [Arteta memberi isyarat ke bawah dengan tangannya]. Dia mulai kelihatan tersekat sekat, perkataan itu dipanggil ‘bajara’ [tak berdaya].”

Arteta menyatakan bahawa Anfield adalah tempat yang sangat sukar. Salah satu sebabnya adalah tidak mampu bertarung secara mental.

“Saya pernah mengalaminya di Anfield. Permainan berjalan lancar dan tiba-tiba saya hanya dapat melihat baju merah ‘beterbangan’ di depan anda, permainan lalu di hadapan saya dan saya tidak boleh bertindak balas.”

“Orang berkata ‘apa yang dia buat?’ dan saya seperti ‘saya tidak boleh melakukannya’ – saya tidak boleh beraksi secara emosi, fizikal, saya tidak dapat mengatasinya. Semuanya terlalu pantas. Saya hanya mempunyai perasaan itu dalam kerjaya saya sekali dan ia adalah di Anfield.”

Cedric Soares juga telah memberikan pandangannya tentang idea pelik Arteta sebelum penerbitan dokumentari itu.

“Kami bekerja setiap minggu, sudah tentu anda banyak bekerja pada permainan, tetapi anda juga bekerja pada atmosfera, kadang-kadang,” katanya kepada JOE, menurut Liverpool Echo.

“Anfield adalah stadium yang sangat terkenal di sini. Ia sentiasa sukar untuk bermain di sana kerana kualiti, kami tahu peminat akan membantu pasukan mereka.”

“Jadi Mikel cuba bersedia untuk itu sebaik mungkin dan ideanya adalah untuk membawa masuk pembesar suara dan mencipta sedikit huru-hara semasa latihan. Jadi pemain perlu menyesuaikan diri dengan segera.”

“Ia juga bagus untuk pemain mempunyai sesuatu yang berbeza dalam latihan dan juga untuk anda mempunyai ini dalam fikiran anda. Mereka akan berada di sana, mereka akan kuat, tetapi kami masih perlu melakukan tugas kami.”

Malangnya untuk Arteta dan pasukannya Arsenal,  di mana The Gunners tidak berjaya kerana Liverpool menumpaskan Arsenal 4-0 beberapa hari kemudian dalam perlawanan tersebut. Seperti apa yang diperkatakannya sebelum itu, para pemain Arsenal tenggelam di tengah intensiti dan atmosfera di stadium tersebut.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang