Walaupun menang 1-0 ke atas Wolves, namun segelintir peminat Arsenal masih lagi tidak berpuas hati dengan kontroversi 2 kad kuning dalam satu masa melibatkan Gabriel Martinelli.
Pengadil, Michael Oliver membuang padang pemain Arsenal itu pada minit ke-69. Martinelli melakukan dua kesalahan dalam satu garis masa. Pertamanya dia mengasari Daniel Podence ketika lontaran ke dalam, namun pengadil memberikan advantage kepada Wolves yang dalam fasa serangan.
Ketika advantage berjalan, Martinelli kemudian mengasari Chiquinho yang jelas sekali adalah tactical foul.
69'—Martinelli yellow
69'—Martinelli sent offTwo yellow cards in one play 😬 pic.twitter.com/Ss4EV00tR6
— B/R Football (@brfootball) February 10, 2022
Martinelli sendiri seolah olah tidak percaya bahawa dia dibuang padang dengan cara sebegitu. Ye la, kalau main PES, mesti korang selalu buat satu lagi foul kan selepas pengadil bagi advantage, konon konon boleh elakkan kad kuning pertama, atau cuma dapat 1 kad kuning je.
Namun dalam dunia nyata Martinelli telah dibuang padang kerana dua kesalahan pada satu masa.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyatakan bahawa ianya kejadian yang sangat rare dan pertama kali dia melihatnya dalam hayatnya.
"Something I have never seen in my career happened for the first time"
"I have run out of ideas, I think."
Mikel Arteta reacts to Gabriel Martinelli controversial sending off and Arsenal's high number of red cards.
🎙 @DannyJamieson pic.twitter.com/nT2IOxVlE5
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 10, 2022
Peminat juga keliru. Salah seorang peminat berkata: “Benda macam ni pernah berlaku ke? Biasanya pengadil bagi kad kuning je?”
Ada yang menganggap ianya pengadilan paling teruk pernah dibuat.
Sebenarnya pengadilan seperti itu pernah dibuat. Kita je lalai. Lagipun insiden ini memang rare.
Malah Steven Maier dari Daily Star, IFAB pernah membincangkan tentang 2 kad kuning dalam satu fasa advantage, dan beliau manyatakan tindakan pengadil adalah dibolehkan berbuat begitu.
James Allen bersetuju dengan pengadil, kerana pemain melakukan 2 kesalahan yang kedua duanya adalah tipikal kesalahan kad kuning.
Martinelli gets 2 yellow cards in the same passage of play😮 pic.twitter.com/4252MiHrpi
— F⚽️⚽️tball fan (@dailyfootyy) February 10, 2022
Allen berpendapat, Martinelli yang kurang bijak kerana dia seharusnya tahu, pengadil memberikan advantage, bukan bermaksud pengadil tidak akan memberikannya kad kuning selepas gerakan advantage itu berakhir.
Think it's the correct decision from the referee.
One yellow for the push from the throw-in and then another yellow for the foul committed. Can't complain about it. Martinelli was silly. Didn't need to do either action, especially the first. https://t.co/dDgUxq62Gw
— James Allen (@JRAllen__) February 10, 2022
Chris Baird vs Hungary
Beberapa tahun yang lalu, Chris Baird pernah menerima 2 kad kuning dalam satu masa yang sama, hampir sama dengan kes Gabriel Martinelli. Baird melakukan kesalahan itu ketika kelayakan Euro antara Ireland Utara dan Hungary. Saksikan di sini bagaimana Cuneyt Cakir membuat keputusan yang juga mengejutkan pemain pemain Ireland Utara.
2 kad merah dalam 1 masa ketika Ajax vs Chelsea
Seterusnya, beberapa tahun lalu, pernah terjadi apabila pengadil membuang 2 pemain pada satu masa. Ini mungkin yang paling panas setakat ini.
Pengadil memberikan 2 kad kuning pada satu masa, namun ianya kepada dua pemain berbeza.
Pertamanya adalah ketika dia memberikan kad kuning kedua kepada Daley Blind, namun pengadil meneruskan perlawanan kerana Chelsea dalam proses serangan yang sangat baik / promising attack.
Veltman pula kemudian menahan bola dengan tangannya. Dan ianya dianggap kesalahan kad kuning. Dia juga dilayangkan kad kuning.
Jadi Blind diberikan kad kuning kedua membuatkan dia dibuang padang dengan kad merah. Seterusnya Veltman juga mendapat kad kuning kedua. Lalu pengadil membuang padang kedua dua pemain kerana kad merah selepas mengutip 2 kad kuning.
Dalam situasi ini, bermakna pengadil boleh memberikan 2 kad pada satu masa yang sama pada proses advantage diberikan. Dan perturan memberikan 2 kad kuning serentak tidak mengambil kira tentang pemain mana yang kena. Tidak kisah pemain yang sama ataupun pemain berbeza.
Chelsea ketika itu ketinggalan 1-3, menamatkan perlawanan dengan 4-4.
Pengadil silap?
Namun Joe Robinson menyatakan bahawa Michael Oliver melakukan kesilapan kerana dia memberikan 2 kad kuning dalam satu masa yang sama – berdasarkan peraturan baharu dalam advantage.
Kerana kesalahan Martinelli adalah tactical foul. Bermakna, pengadil harus kembali kepada foul yang pertama ataupun cukup dengan hanya 1 kad kuning. Robinson menganggap pengadil membuat keputusan kerana dipengaruhi desakan penyokong dalam stadium.
This was the law change this season. The last sentence clearly shows that Michael Oliver was mistaken in sending off Martinelli for two cautionable offences in one play, since he played advantage for the first one.
He was bowing to crowd pressure. pic.twitter.com/OrDfXOuvxT
— Joe Robinson (@joewrob) February 10, 2022
Namun Dale Johnson menyanggah hujah tersebut. Terdapat salah faham daripada kenyataan di atas ini. Menurut Dale Johnson, 2 kad kuning itu adalah tepat, dengan mengambil contoh daripada Chris Baird dulu. Pengadil bukan tidak terus memberikan kad kuning kepada Martinelli, ini kerana pengadil menyimpan dulu kad kuning itu untuk membenarkan serangan dibuat dalam keadaan Wolves sedang dalam kedudukan terbaik untuk promising attack.
This section of the Laws of the Game keeps being shared to claim Gabriel Martinelli couldn't receive his first yellow.
This is completely incorrect.
First yellow was NOT shown for interfering with or stopping a promising attack, which is the ONLY thing that applies below. pic.twitter.com/AxqmtvApur
— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) February 10, 2022
Rio Ferdinand menganggap pengadil seolah olah sengaja mahu menjadi tajuk berita sensasi. Kerana baginya, kedua dua tindakan Martinelli itu bukan patut kad kuning.
Rio berkata: “Pengadil sengaja mahu menjadi bahan berita kan? Keputusan yang melampau. Pertamanya, kamu tak boleh kata itu adalah kad kuning. Namun yang kedua, terutama sekali dalah satu fasa atau garis masa yang sama, saya tak rasa itu adalah kad kuning, tidak sama sekali.”
Rio Ferdinand on Martinelli's red card: "He wants to be in the news the ref, doesn't he? So harsh. The first, you can say it's a yellow. But the second one, especially in the same phase or sequence, I just don't feel it warrants another yellow card. No chance" pic.twitter.com/u45HrEzJ3I
— Gurjit (@GurjitAFC) February 10, 2022
Jason Cundy menyatakan bahawa pengadil adalah tepat. Kerana bukan tugas pengadil untuk mengingatkan Martinelli bahawa dia melakukan kesalahan kad kuning. Itu Martinelli sendiri tahu bahawa kesalahan pertamanya adalah kad kuning dan harus mengelak untuk kad kuning kedua.
“Martinelli deserved it!” 🤷♂️
“It’s not the ref’s job to make sure he knows he’s on a yellow. It’s two yellows!”
Jason Cundy says #AFC can have no complaints over Martinelli’s sending off. pic.twitter.com/iWG0s9Ae7E
— talkSPORT (@talkSPORT) February 10, 2022
Malangnya Arsenal tidak boleh membuat rayuan untuk kesalahan ini, kerana Martinelli bukan menerima straight red. Hanya kesalaha straight red sahaja yang boleh dirayu untuk dicabar semula.
Arsenal menang 1-0 menentang Wolves dan meneruskan usaha mereka mencabar 4 teratas.
Namun Arteta jelas sekali perlu memperbaiki aspek disiplin pemainnya, selepas kad merah ke-12 oleh para pemain di bawah kendaliannya.
Gabriel Martinelli is shown the 12th #PL red card of Mikel Arteta's reign at #Arsenal
They lead #WWFC 1-0 – can they hold on? pic.twitter.com/HUU8N3t3VY
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) February 10, 2022