Video: Arteta Larang Lacazette Buat Flick Yang Fancy Dan Suruh Xhaka Lebih Laju

Mikel Arteta memulakan tugasan beliau pada Ahad lalu. Beliau hanya menjadi penonton dalam aksi Arsenal berhadapan dengan satu lagi bekas kelabnya iaitu Everton di Goodison Park.

Dan Arteta dilaporkan mengadakan latihan penuh pada 10 pagi Hari Krismas. Arteta mahu membetulkan beberapa perkara tak betul di dalam pasukannya.

Ramai pemain yang terkejut dengan panggilan itu. Namun semua pemain hadir.

Arteta dilihat beberapa kali menghentikan sesi latihan ketika rondo kerana ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki oleh mereka.

Mahu pasukan dominan

Arteta sudah menyatakan beliau mahukan Arsenal bermain sebagai pasukan yang dominan.

“Saya tidak tahu, dan saya akan tahu ia secepat mungkin.”

“Namun, kita harus dominan, kita harus menunjukkan semangat, dan harus menunjukkan keagrasifan kita.”

“Saya mahu kita mendominasi pihak lawan. Saya mahu pasukan lawan bermain di kawasan mereka. Dan saya harus dapat memberitahu para pemain, apa yang bakal berlaku, sebelum ia berlaku.”

“Oleh itu, mereka akan lebih rasa selamat, dan mereka akan rasa lebih baik daripada saya sebelum ini, dan mereka akan berkeyakinan apabila berada di atas padang.”

Fancy play

Dalam satu sesi Arteta mengarahkan pemain untuk berada dalam keadaan bersedia menerima bola.

Lacazette bertanya, boleh tak beliau melakukan flick?

Arteta berkata: “Jika kamu tidak buat dalam perlawanan sebenar, kenapa kamu perlu buat dalam sesi latihan penuh?”

Arteta mahukan pemain melakukan benda mudah, ataupun asas. Fokus kepada kedudukan pemposisian badan berbanding daripada memikirkan perkara yang susah.

https://twitter.com/i/status/1209423702640738304

Simple football

Arteta kemudian mahukan pemainnya bermain bola sepak yang mudah. Beliau mahu pemain berada dalam kedudukan badan terbuka untuk melihat opsyen di sekitar mereka dan segera menolak bola.

Ini kerana, ia akan membantu pemain yang menghantar bola melakukan langkah seterusnya.

Xhaka harus lebih cepat

Seterusnya Arteta juga dilihat meminta pemain pivot, Granit Xhaka untuk bergerak dengan lebih cepat menggunakan kakinya.

Salah satu masalah utama Xhaka adalah beliau kerapkali ditekan dengan mudah oleh lawan kerana gerakannya yang lambat.

Beliau pemain terakhir di atas barisan pertahanan. Maka sangat bahaya untuk beliau hilang  bola.

https://twitter.com/i/status/1209425693332967426

Tugasan pertama

Tugasan pertama Arteta adalah menentang Bournemouth dalam aksi EPL – Boxing Day.

Arteta masih dalam proses set up staf kejurulatihan beliau. Ia bukan perkara yang mudah untuk bekas kapten Arsenal ini.

Apa yang pasti, penyokong Arsenal berharap Arteta akan dapat mengembalikan beautiful football di Arsenal.

Sebagai rekod, Arteta tiada pengalaman menjadi pengurus tetap. Ini langkah besar di dalam karier beliau menerusi peluang yang diberikan pasukan sebesar Arsenal.

Arteta buat masa ini sudah menamakan beberapa nama dalam core untuk barisan kejurulatihan beliau.

Freddie Ljungberg yang sebelum ini menjadi interim telah dikekalkan dalam staf kejurulatihan pasukan utama.

Baca yang lain