[VIDEO] Assist Cantik Messi Kepada Mbappe Selepas 10 Saat Perlawanan Dimulakan

Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe semuanya bergabung dalam rutin sepak mula yang gila untuk permulaan pantas untuk Paris Saint-Germain menentang Lille.

Minggu lalu, PSG dilanda dengan pelbagai cerita kontroversi selepas dua bintang utamanya, Neymar dan Mbappe bertelagah bererbut penalti.

Tetapi kali ini, mereka jelas sekali kembali fokus untuk tugasan di atas padang.

PSG mendahului menerusi gol oleh Kylian Mbappe kurang 10 saat selepas wisel permulaan dibunyikan.

Di mana Neymar mengambil sepak mula dan menghantar bola ke belakang kepada Verrati. Neymar kemudian menerima semula hantaran daripada Marco Verratti dan melepaskannya kepada Messi dengan satu sentuhan.

Tanpa sebarang sentuhan untuk mengawal bola, pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu kemudian menghasilkan hantaran yang sangat cantik mengatasi kesemua blok pertahanan Lille.

Dia menggunakan visi dan juga kualiti teknik hantarannya untuk menemui larian Kylian Mbappe yang pantas.

Mbappe menyambut hantaran itu tanpa perlu melakukan kawalan, di mana dia terus melakukan tampanan yang menghasilkan gol pertama perlawanan, dalam keadaan yang sangat mengejutkan penyokong tuan rumah.

Ia adalah permulaan yang sempurna untuk juara Ligue One itu berdasarkan rutin yang kelihatan dibawa terus dari tempat latihan. Latihan dibuat sempurna apabila bintang besar PSG mencipta aksi yang serba serbi sempurna itu.

Mbappe kelihatan sudah berubah daripada telatahnya menentang Montpellier minggu lalu – di mana dia melarikan diri dari serangan dengan berhenti berlari daripada serangan balas. Kali ini dia berlari dan kelihatan benar-benar gembira selepas membuka jaringan seawal itu untuk pasukannya.

Selepas bermain sebagai penyedia assist, Messi menjadi penjaring gol untuk melebarkan pendahuluan PSG.

Messi kini telah menjaringkan tiga gol dalam liga musim ini dan sudah separuh jalan ke arah mencapai jumlah golnya dalam kempen sulungnya di Perancis musim lalu.

Kylian Mbappe turut mencetak hatrik dalam perlawanan ini, dengan Neymar dan Achraf Hakimi juga dalam senarai penjaring ketika PSG melakukan amukan dan membelasah Lille 7-1.

PSG nampaknya masih menjadi pasukan yang benar benar sukar dicabar untuk kejuaraan Ligue 1 pada musim ini.