Selangor dan Kedah turun beraksi dalam stadium berpenyokong buat pertama kali. Kedau dua pasukan pastinya sedar bahawa, ini adalah perlawanan besar dalam kalendar bola sepak mereka.
Selangor di hadapan menerusi Oliver Buff yang mengambil kesempatan daripada situasi kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan Kedah. Buff menghulurkan kakinya menewaskan Shahril Saari.
33' Gol | Oliver Buff membuka tirai jaringan di Stadium MBPJ!@selangorfc 1-0 @kda_fc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/iDPhPPhlVq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2021
Selangor memiliki beberapa peluang keemasan dalam separuh masa pertama namun tidak dapat disudahkan. Kredit juga kepada Shahril Saari yang berjaya beraksi cemerlang ketika mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol utama, Ifwat Akmal.
Pada separuh masa kedua, Kedah mencipta kebangkitan. Bermula daripada gol pertama oleh Kpah Sherman. Yang diperoleh menerusi sepakan penalti. Kpah yang berlari menyusup masuk ke dalam kotak penalti telah dijatuhkan.
Kpah Sherman tiada masalah langsung menewaskan Khairul Azhan dengan satu penalti yang sangat tenang dan berkeyakinan tinggi – dengan meleretkan sahaja bola.
Gol penalti Kpah Sherman menyamakan kedudukan 1-1. What a side turn!#kdafc #ligasuper2021 pic.twitter.com/7B03rIdzKW
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 6, 2021
Tidak lama selepas itu, Kedah melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol oleh Kipre. Ianya bermula daripada kesilapan pemain Selangor yang hilang bola di dalam defensive third mereka, dalam kotak penalti.
Kedah mengitar terus bola itu menerusi Azamuddin Akil. Beliau dengan tangkasnya memintas bola dan melakukan sentuhan penting untuk menewaskan pertahana. Azamuddin Akil aka Alex berjaya menjelmakan kreativitinya dengan melorongkan bola kepada Kipre.
Kredit kepada Kipre yang kembali ke posisi onside untuk menerima bola.
Ini merupakan kekalahan ketiga Selangor musim ini. Dan mereka berada di tangga ke-7.
Kedah terus berada di belakang JDT dengan kemenangan penting dari gelanggang lawan ini.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS7#LigaSuper2021 pic.twitter.com/JTHEiHnF9D
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2021