[VIDEO] Assist Dengan Back Heel Flick Nicolo Barella Yang Hebat

Nicolò Barella semalam melakukan salah satu assist paling cantik dan paling jahat dalam kariernya.

Dalam aksi di antara Real Madrid dan AC Milan, Nicolo Barella melakukan back heel assist yang sangat cantik.

Barella yang melihat ada tekanan datang daripada pemain Real Madrid terus melepaskan bola dalam keadaan posisi badannya tidak mengadap ke depan.

Barella menerima bola daripada Marcelo Brozović pass, melakukan turn dan flick kepada Lautaro Martinez.

Martinez melepaskan rembatan padu menewaskan Thibaut Courtois.

Pujian juga kepada Lautaro Martinez yang memastikan hantaran dengan set skil itu dapat diterjemahkan kepada gol dan Barella akan dikenang sebagai pembekal assist yang sebegitu rupa.

Pada usianya baru 23 tahun, Nicolo Barella terus menjadi pemain yang meningkat naik.

Inter Milan tewas 3-2 di Madrid, hasil gol lewat Rodrygo.

Real Madrid mendahului dua gol lebih awal menerusi Karim Benzema dan juga Sergio Ramos.

Namun Inter Milan bangkit mengikat kedudukan menjadi dua sama. Lautaro Martinez menjaringkan gol pada minit ke-35, dan Ivan Perisic menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Real Madrid menarik nafas lega untuk mendapat 3 mata pertama mereka musim ini daripada kempen UCL menerusi gol lewat oleh Rodrygo.

Inter Milan masih belum menang sebarang perlawanan setakat ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan