[VIDEO] Assist Laser Pass Lindelof Memukau Jiwa, Ini Memang Kelebihan Beliau

Victor Lindelof seringkali dianggap sebagai liabiliti ketika bertahan kerana fizikalitinya yang mudah dibuli lawan.

Namun sebenarnya, beliau memiliki kualiti distribusi yang jauh lebih baik daripada mana mana pemain bek tengah Man United pada hari ini.

Tidak pasti sama ada aspek ini yang membuatkan beliau menjadi pilihan Ole dalam banyak perlawanan?

Dalam aksi berhadapan Granada, Lindelof melakukan satu assist yang sempurna kepada Marcus Rashford pada separuh masa pertama. Sehari selepas assist ping point pass oleh Kroos kepada Vincius menggegarkan dunia.

Namun kali ini, Lindelof melakukannya dari blok paling rendah dan terus menjadi assist. Ketepatan laser pass itu memang cantik dan wajar diberikan penghargaan.

Kredit juga kepada Rashford selepas melakukan cushioning sempurna untuk memastikan bola dikawal kemas dan tidak lari.

Seorang peminat Man United kemudian memuat naik siri hantaran laser oleh Lindelof yang serba comel. Namun ada beberapa hantaran tersebut dipersiakan begitu sahaja oleh penyerang.

Beliau pernah melakukan assist yang sama kepada Rashford ketika berdepan dengan Sheffield United.

Kekuatan aspek hantaran pada Lindelof ini memang sangat baik. Namun sebagai bek tengah, beliau tetap dinilai pada tugasan utamanya sebagai pertahanan.

Manchester United menang 2-0 dalam aksi di away berhadapan dengan Granada. Mencerahkan peluang mereka ke separu akhir.

Baca yang lain