Video Assist Neuer Kepada Lewandowski Yang Disudahi Half Volley Padu

Bayern Munich menang 4-2 dalam final Piala Jerman ataupun DFB Pokal.

Paling menarik adalah, Lewandowski menjaringkan 2 gol dalam final ini menjadikan jumlah gol beliau sudah lebih 50 gol.

Lewandowski tidak langsung menunjukkan dia kini semakin berusia. Malah dilihat masih terus mempamerkan aksi pada peak luar biasa.

Di mana keseluruhannya dengan tambahan dua gol itu bermakna beliau sudah menjaringkan 51 gol.

34 gol dalam liga, 11 gol dalam Liga Juara Juara Eropah dan 5 gol dalam DFB Pokal.

Bayern Munich di hadapan menerusi Alaba dan Serge Gnabry pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua Bayern mendpat dua lagi gol menerusi Lewandowski.

Gol ketiga adalah yang sangat jahat. Ianya adalah bermula dari assist oleh Manuel Neuer yang terus di-half volley-kan oleh Lewa.

Satu gol yang menyaksikan sentuhan pertama kemas Lewandowski. Harus diakui penjaga gol Bayer Leverkusen seharusnya lebih baik dalam situasi itu.

Bayern terlalu sukar untuk ditentang dalam aksi ini. Mereka sangat dominan. Pasukan yang baru dinobatkan juara Bundesliga buat lapan kali berturut turut itu ternyata sangat bertenaga terutama sekali ketika liga bersambung semula.

Kejayaan semalam bermakna Bayern Munich menjadi juara berganda sebanyak 13 kali. Dan mereka berpeluang untuk menamatkan musim ini sebagai juara treble.

Berbalik kepada prestasi Lewandowski, adakah akhirnya pemain ini akan memenangi Ballon d’Or pertama dalam kariernya selepas prestasi luar biasa ini?

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.