[VIDEO] Assist Syahdu Dybala Dengan Drag + Backheel, Hiburan Yang Diperlukan Dalam Bola Sepak

Paulo Dybala menjadi pemain cemerlang dalam aksi di antara Juventus vs AC Milan di San Siro. Prestasi luar biasa pemain kebangsaan Argentina itu membuatkan rekod tanpa kalah AC Milan dalam saingan Serie A lebur.

Walaupun tidak menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun Dybala mencipta 2 assist untuk kedua dua gol Federico Chiesa.

Dybala melakukan 53 sentuhan dengan melengkapkan lebih 82% hantaran dalam  perlawanan besar berdepan AC Milan. Beliau juga mencipta 3 hantaran kunci dan 2 daripadanya menjadi Assist.

Selain itu, assist gol pertama Dybala menjadi bualan hangat. Ini selepas pemain kebangsaan Argentina itu melakukan satu skil yang licin dan padu menewaskan pertahanan lawan.

Dybala melakukan teknik drag bola ke belakang dan kemudian disusuli dengan back heel yang terus menemui rakannya.

Teknik dan visi permainan oleh Dybala sangat memukau dan lebih indah momen itu disudahkan oleh rakannya Federico Chiesa dengan gol.

Gerakan permainan kombinasi di antara Dybala dan Chiesa itu sungguh menarik, di mana Chiesa menghantar kepada Dybala, dan kemudian Dybala mengembalikan bola itu dengan teknik luar biasa.

Bola sepak merupakan sukan nombor 1 di dunia. Jadi elemen hiburan itu adalah tonik tambahan yang diperlukan. Dengan aksi sebegini daripada Dybala, ia melengkapkan lagi tontonan bola sepak oleh para peminat terutama sekali yang berjaga pada awal pagi di Asia.

Gol kedua Chiesa juga diassist oleh Dybala dengan cemerlang. Di mana Dybala melakukan hantaran kemas melintang ke kanan dari kawasan luar kotak penalti.

Chiesa melakukan rembatan yang terus menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Dengan kemenangan ini, Juventus kini mengurangkan jurang mata dengan AC Milan kepada 7 mata sahaja. AC Milan masih kekal di puncak Serie A.

Milan kini mengutip 37 mata. Manakala Juventus pula mengutip 30 mata selepas 16 perlawanan Serie A.

AC Milan masih dalam landasan terbaik untuk menamatkan kemarau Serie A dan juga dalam usaha mereka menghentikand monopoli Juventus dalam kejuaraan Serie A.

 

Baca yang lain