[VIDEO] Atas Semangat Kesukanan, Hendrawan Pinjamkan Kasut Kepada Pemain Lawan

Malaysia terlalu unggul buat Jamaica dalam aksi berpasukan campuran. Di mana dalam aksi suku akhir Malaysia menang 5-0 ke atas Jamaica dalam aksi kumpulan D. Satu lagi kemenangan mudah.

Malaysia mengekalkan susunan pasukan yang sama seperti ketika membelasah Zambia juga dengan 5-0. Kecuali gandingan beregu campuran sahaja ada perubahan.

Namun di sebalik kecemerlangan pasukan Malaysia itu, skuad negara turut memenangi hati peminat dunia badminton. Ini apabila jurulatih Malaysia, Hendrawan telah meminjamkan kasutnya kepada pemain Jamaica iaitu Samuel Ricketts,

Ketika itu Samuel Ricketts menjadi tidak selesa apabila kasutnya berlubang dan koyak. Seorang staf telah membantunya dengan menggunting bahagian kasutnya.

Seterusnya Ricketts cuba memakai kasut rakannya. Dan saiznya pula tidak sama.

Jelas sekali Ricketts masih lagi tidak selesa. Lalu Ng Tze Yong cuba menawarkan bantuan kepada pemain itu.

Selepas berbincang, Hendrawan turut pergi ke arah Ricketts dan bertanya saiz kasut pemain itu. Rupa rupanya ianya sama saiz dengan kasut Hendrawan. Dengan jenama yang sama.

Lalu dia meminjamkan kasut itu kepada Ricketts. Lalu pemain itu dapat meneruskan petarungan di dalam gelanggang. Hendrawan pula hanya memakai stoking di arena.

Detik itu benar benar menyentuh hati ramai peminat yang memberikan tabik hormat kepada kem Malaysia terutama sekali Hendrawan.

Saksikan video itu di sini:

Seorang peminat Indonesia turut tumpang berbangga kerana menurutnya itu sudah mencari ciri ciri sejati rakyat negara mereka.

Ianya dianggap semangat kesukanan tinggi yang jarang disaksikan. Membantu lawan yang dalam kesusahan. Sedangkan boleh sahaja Malaysia memilih untuk menggunakan kesempatan itu untuk menyusahkan lagi lawan mereka supaya pertarungan lebih mudah ditamatkan.

Namun itu tak berlaku. Semangat seorang Olimpian itu tetap ada dalam sukan Komanwel ini.

Syabas kepada Malaysia di atas kemenangan dan juga semangat kesukanan tinggi di mata dunia.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan