[VIDEO] Atlet Pilihan Emas Hanya Mampu Menangis Kerana Kudanya Enggan Beri Kerjasama

Atlet pilihan memenangi emas acara pentathlon Olimpik, Annika Schleu, hanya mampu menangis kerana kudanya enggan memberikan kerjasama kepadanya. Di mana kudanya tidak mahu melompat semasa acara itu.

Ekuestrian dan atlet Jerman awalnya dilihat berpeluang cerah untuk memenangi pingat emas dalam pentathlon moden wanita, setelah menduduki tangga teratas dalam acara lawan pedang dan 200m renang gaya bebas.

Ketika tiba ke pertandingan acara menunggang kuda, para atlet diberikan0 kuda secara rawak hanya 20 minit sebelumnya.

Schleu mendapat kuda Saint Boy. Dan ianya jelas tidak mahu bekerjasama. Kuda yang sama sebelum ini menolak untuk melompat untuk Gulnaz Gubaydullina, yang membuatkan atlet itu mendapat skor sifar.

Schleu, juara dunia lima kali yang menduduki tempat keempat di Rio 2016. Dia sangat yakin akan dapat memenangi emas kali ini.

Schleu cuba meminta Saint Boy melompat, tetapi kuda itu menolak. Kuda itu malah menjatuhkan beberapa pagar.

Schleu hanya mampu menangis dan merayu kepada kuda itu. Namun tak diendahkan.

Seorang pengulas berkata: “Ini sangat buruk untuk ditonton. Annika Schleu tidak dapat membuat Saint Boy bergerak ke arena. Dia kelihatan sangat remuk [hatinya].”

“Semuanya berantakan untuk Annika Schleu. Saya rasa dia sudah mulai kehilangan ketenangannya. Nampaknya dia kelihatan benar benar mulai bangkit, dan sekarang ini ianya sangat menyedihkan untuk ditonton … jurulatih Jerman hanya mampu memerhatikan – melihat bibit bibit emas itu hilang, menyaksikan impian Jerman juga hilang.”

Walaupun ada rasa simpati terhadap Schleu, namun ada juga penonton yang memaki hamun Schleu di media sosial kerana dia dilihat berkasar dengan kuda itu dengan memukulnya.

Seorang netizen berkata: “Kau pukul kuda tu kenapa hanat, kuda tu peduli apa dengan impian olimpik kau.”

Seorang lagi berkata: “Sakit hati dan kecewa melihat Annika Schleu dibenarkan menarik mulut kuda dan memukul kudanya dengan cambuk berulang kali. Kamu harus turun, sebab kuda tu jelas sekali tidak mahu melompat.”

Ada juga yang gembira melihat Schleu gagal dan menganggap kuda itu menang. Kerana tindakan Schleu dianggap kejam dan seperti seorang anak manja berbanding seorang atlet.

Menurut mereka atlet sejati tidak akan memaksa kuda itu bekerjasama dengannya. Lebih baik dia menerima hakikat bahawa hari itu bukan harinya dan turun daripada kuda itu.

BACA JUGA: TERKINI: Jurulatih Schleu Dibuang Serta Merta Kantoi Geram Dan Tumbuk Kuda Yang Degil

Jurulatih pentathlon moden Jerman, Kim Raisner telah menerima notis buang kerja serta merta. Ini selepas dia menumbuk kuda yang enggan bekerjasama dengan atletnya Annika Schleu.

Annika sendiri dilihat agak berkasar dengan kuda yang digelar Saint Boy itu. Namun jurulatihnya dianggap melakukan tindakan tidak boleh diterima. Dia menumbuk Saint Boy secara pukul curi.

Persekutuan Pentathlon Moden (UIPM) mengatakan Raisner telah hilang kelayakan kerana tindakannya semasa perandingan pada hari Jumaat melompat.

Raisner turut dilarang bertanding dalam cara individu.

Ketua pasukan Olimpik Jerman, Alfons Hoermann mengatakan sebelumnya jurulatih itu telah dikeluarkan daripada kem pasukan mereka. Hoermann pada masa yang sama juga menuntut perubahan peraturan segera dari persekutuan antarabangsa.

“Kami semua sepakat bahawa jurulatih tersebeut tidak akan mengikuti pertandingan pada hari Sabtu,” kata Hoermann.

“Kami juga menganggap bahawa semakan serta merta selepas kejadian itu diperlukan, terutama dalam hal yang melibatkan perlindungan binatang, di mana persekutuan kebangsaan dan antarabangsa masing masing membuat kesimpulan mereka.”

Pentathlet moden, yang bertanding dalam lima sukan yang berbeza untuk memperoleh pingat, tidak menggunakan kuda mereka sendiri untuk disiplin ekuestrian, sebaliknya diberikan kuda secara rawak hanya 20 minit sebelum pertandingan.

Peraturan ini yang diharapkan oleh Hoerman akan dikaji dan diubah. Ketika tiba ke pertandingan acara menunggang kuda, para atlet diberikan kuda secara rawak hanya 20 minit sebelumnya.

Schleu mendapat kuda Saint Boy. Dan ianya jelas tidak mahu bekerjasama dengannya. Kuda yang sama sebelum ini menolak untuk melompat untuk Gulnaz Gubaydullina, yang membuatkan atlet itu mendapat skor sifar.

Jurulatihnya pula dilaporkan mendesak telah memaksa kuda itu dengan memukulnya. Raisner kedengaran mengarahkan Schleu berkeras dengan kuda itu dengan menjeri “pukul dia betul betul, cepat pukul lagi.”

Sebenarnya sudah menjadi kebiasan penunggang kuda memukul kuda mereka dengan cambuk. Namun kali ini Raisner meminta Schleu memukul kuda itu dengan sekuat hatinya sebagai hukuman kepada kedegilannya. Itu bukan satu tindakan komunikasi atau arahan biasa.

Schleu akur bahawa Saint Boy memang tak nak bekerjasama dan akhirnya hanya meraung menangis. Keadaan itu membuatkan kuda itu menjadi semakin gelisah dan lebih tak terurus.

Ketika kuda itu berada di hadapannya, Raisner menumbuk kaki dan dianggap telah mengasari kuda itu. Walaupun nampak ketuk sikit je, namun aktivis pencinta haiwan tidak dapat menerimanya. Kerana mereka berpendapat Raisner berniat jahat. Dia berterusan mengarahkan anak buahnya memukul kuda dengan kuat.

Laman Facebook kebajikan haiwan turut meminta pengikutnya menyerang akaun peribadi Kim Raisner. Apa korang ingat team bawang kita je ke suka mencari akaun peribadi orang.

Michelle Gulyas yang berada di kedudukan teratas dan Natalya Coyle dari Ireland mengalami nasib yang serupa dengan kuda mereka ketika mereka melihat impian podium mereka sendiri hancur, jatuh dari 10 teratas dan keluar dari persaingan.

“Peraturan mesti berubah sehingga penunggang dan kuda masing masing dilindungi,” kata Hoermann.

Hoerman memperjuangkan bahawa, peraturan hanya memperkenalkan kuda secara rawak 20 minit sebelum bermula akan mendedahkan haiwan itu degan risiko yang serupa di masa akan datang.

Pada masa yang sama, atlet mungkin akan berdepan masalah kalau kuda mengamuk. Selain itu Hoermann menganggap prosedur itu tidak memberikan persaingan adil kerana setiap peserta hanya bergantung kepada nasib mendapat kuda yang bagus dan serasi.

“Tumpuan mestilah pada kesejahteraan haiwan dan persaingan yang adil untuk atlet.”

Baca yang lain