[VIDEO] Attention To Details! Dani Olmo Memperdaya Lucas Hernandez Agar Handball

Tidak pasti apa yang di dalam kepala Dani Olmo. Dia sangat licik! Sampaikan pemain pemain Bayern pun bengang dengannya.

Bayern menang dalam aksi Piala Super Jerman dengan skor 5-3. Namun satu insiden menarik perhatian kami melibatkan Dani Olmo.

Pada masa kecederaan, Leipzig mendapat lontaran ke dalam dan ianya dibaling kepada Olmo. Pemain itu kemudian meletakkan bola tidak melepasi garisan sepenuhnya.

Lucas Hernandez yang menyangkakan Olmo sebenarnya sudah terbuang bola itu, telah mengambil dengan tangannya. Penjaga garisan yang memang dari awal memerhatikan bola itu tak keluar sepenuhnya, telah menaikkan benderanya kerana Hernandez sudah handball.

Hernandez terpinga pinga, tak tahu apa kesalahannya. Pemain pemain Bayern juga inginkan kepastian terutama sekali Joshua Kimmich yang tak faham, di mana kesalahan Lucas Hernandez.

Pengadil kemudian menjelaskan bahawa pemain itu sudah handball.

Lucas Hernandez harus menarik nafas lega kerana tidak dilayangkan kad kuning. Kerana jika itu berlaku, dia dibuang padang. Hal ini kerana dia sudah mengutip 1 kad kuning sebelum insiden itu.

Ada yang memuji Olmo sebagai pemain yang sangat teliti dalam setiap butiran dalam bola sepak. Dia juga berjaya memenangi sepakan percuma di zon bahaya ketika pasukannya hanya 1 gol di b belakang pada ketika itu.

Ada juga yang mengingatkan bahawa, pengalaman seperti itu akan dikenang oleh Lucas Hernandez sampai bila bila agar sentiasa berhati hati dan lebih teliti.

Bayern seperti dijangka akan terus menguatkan monopolinya dalam Liga Jerman. Dalam aksi berdepan Leipzig, Jaman Musiala meletakkan Bayern 1 gol di hadapan seawal minit ke-14.

Bayern menjadikan kedudukan 3-0 pada rehat separuh masa dengan dua lagi gol oleh Sadio Mane dan Benjamin Pavard, masing masing pada minit ke-13 dan ke-45.

Marcel Hastenberg menjaringkan gol pertama Leipzig minit ke-59.

Namun begitu, Serge Gnabry kembali menjarakkan jurang kepada 3 gol sekali lagi dengan gol keempat minit ke-65.

Pemain yang menjadi rebutan kelab elit di Eropah, Christopher Nkunku kemudian menjaringkan gol kedua Leipzig menerusi penalti pada minit ke-77. Diikuti gol Dani Olmo minit ke-89 untuk merapatkan jurang gol menjadi 3-4.

Malang buat Leipzig kerana Leroy Sane menjaringkan gol pada saat akhir masa kecederaan untuk merangkul Piala Super Jerman dengan kemenangan 5-3.